Penaklukan Hindia Timur Belanda oleh Jepun: Perbezaan antara semakan

Penaklukan Indonesia oleh Jepun semasa Perang Dunia Kedua
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Empayar Jepun menakluk dan menduduki Indonesia''', pada masa itu dikenali sebagai '''Hindia Timur Belanda''', sewaktu Perang Dunia Kedua...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 01:17, 5 Disember 2013

Empayar Jepun menakluk dan menduduki Indonesia, pada masa itu dikenali sebagai Hindia Timur Belanda, sewaktu Perang Dunia Kedua, dari Mac 1942 sehingga tamatnya Perang dalam tahun 1945. Tempoh ini ialah satu daripada tempoh yang paling penting dalam sejarah Indonesia. Belanda yang ditakluk Jerman tidak berupaya untuk mempertahankan tanah jajahannya daripada serangan tentera Jepun, dan kurang tiga bulan daripada serangan-serangan pertama terhadap Borneo[1] tentera laut dan tentera darat Jepun berjaya mengatasi angkatan Belanda dan sekutu-sekutunya. Pada mulanya, sebahagian besar orang Indonesia beras optimis, malah ada yang menyambut kehadiran Jepun dengan perasaan riang gembira dan menganggap mereka sebagai pembebas rakyat Indonesia daripada belenggu kolonial Belanda. Perasaan ini berubah apabila orang Indonesia terpaksa menhadapi kesukaran hidup bagi membantu usaha perang Jepun. Dalam tahun 1944–45, tentera Bersekutu lazimnya memintas Indonesia dan tidak bertempur masuk ke dalam kawasan-kawasan yang ramai penduduk seperti pulau Jawa dan Sumatera. Oleh demikian, sebahagian besar Indonesia masih kekal di bawah pemerintahan Jepun semasa Empayar jepun menyerah kalah pada bulan Ogos 1945.


Nota

  1. ^ Klemen, L. (1999–2000). "The conquer of Borneo Island, 1941–1942". Dutch East Indies Campaign website.

Rujukan

Bacaan lanjut