Penaklukan Hindia Timur Belanda oleh Jepun: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
kembang
+infobox
Baris 1:
{{Sejarah Indonesia}}
 
'''[[Empayar Jepun]] menakluk dan menduduki [[Indonesia]]''', pada masa itu dikenali sebagai '''[[Hindia Timur Belanda]]''', sewaktu [[Perang Dunia Kedua]], dari Mac 1942 sehingga tamatnya Perang dalam tahun 1945. Tempoh ini ialah satu daripada tempoh yang paling penting dalam [[sejarah Indonesia]]. [[Belanda]] yang ditakluk [[Jerman Nazi|Jerman]] tidak berupaya untuk mempertahankan tanah jajahannya daripada serangan [[Tentera Imperial Jepun|tentera Jepun]], dan kurang tiga bulan daripada serangan-serangan pertama terhadap [[Borneo]]<ref name="Klemen Borneo" /> tentera laut dan tentera darat Jepun berjaya mengatasi angkatan Belanda dan [[pihak Berikat|sekutu]]-sekutunya. Pada mulanya, sebahagian besar orang Indonesia beras optimis, malah ada yang menyambut kehadiran Jepun dengan perasaan riang gembira dan menganggap mereka sebagai pembebas rakyat Indonesia daripada belenggu kolonial Belanda. Perasaan ini berubah apabila orang Indonesia terpaksa menhadapi kesukaran hidup bagi membantu usaha perang Jepun. Dalam tahun 1944–45, tentera Bersekutu lazimnya memintas Indonesia dan tidak bertempur masuk ke dalam kawasan-kawasan yang ramai penduduk seperti [[Jawa|pulau Jawa]] dan [[Sumatera]]. Oleh demikian, sebahagian besar Indonesia masih kekal di bawah pemerintahan Jepun semasa Empayar Jepun menyerah kalah pada bulan Ogos 1945.