Perpustakaan Bodleian: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k kemas pautan rujukan
k tipo
Baris 42:
}}
 
'''Perpustakaan Bodleian''' ({{IPAc-en|ˈ|b|ɒ|d|l|i|ə|n}}, {{IPAc-en|b|ɒ|d|ˈ|l|iː|ə|n}}), [[perpustakaan penyelidikan]] kepunyaan [[University of Oxford]] ialah sebuah perpustakaan yang tertua di Eropah; di [[Great Britain]], ia merupakan perpustakaan kedua terbesar saiznya, didahului hanya oleh [[Perpustakaan British]], dengan lebih dari 11 juta item.<ref name="Size">[http://www.bodleian.ox.ac.uk/about/ Bodleian Library Website]</ref> Disebut oleh para sarjana Oxford sebagai "Bodley" atau lebih ringkas, "Bod", perpustakaan ini merupakan satu daripada enam perpustakaan [[penyerahan undang-undang]] bagi karya-karya yang diterbitkan di United Kingdom di bawah [[Akta Penyerahan Undang-Undang 2003]] (''Legal Deposit Libraries Act 2003'')<ref>[http://www.llgc.org.uk/aldl/ Agency for the Legal Deposit Libraries]</ref> dan di bawah undang-undang Ireland, perpustakaan ini berhak meminta senaskhah salinan setiap buku yang diterbitkan di Republik Ireland.<ref>S198(5) Copyright and Related Rights Act 2000</ref> Perpustakaan Bodleian beroperasi sebagai [[perpustakaan rujukan]] dan pada amnya, dokumen-dokumen tidak boleh dikeluarkan dari bilik-bilik bacaan.
 
Semua [[Kolej-kolej University of Oxford|kolej Oxford]] memiliki perpustakaan sendiri dan dalam beberapa kes, perpustakaan-perpustakaan ini lebih tua daripada Bodley. Dari segi sejarah perpustakaan-perpustakaan berfungsi secara tersendiri daripada Bodley, namun kebelakangan ini mereka berfungsi bersama buat tujuan tertentu di bawah naungan apa yang dikenali sebagai Perkhidmatan Perpustakaan Oxford University (''Oxford University Library Services'', OULS), dan sekarang sebagai [[perpustakaan-perpustakaan Bodleian|''Bodleian Libraries'']], dan Perpustakaan Bodleian hanya satu daripada perpustakaan yang terlibat dalam kumpulan itu.