Iman (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
CTMakerbot (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
CTMakerbot (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 30:
 
==Ringkasan==
Filem Iman mengisahkan mengenai seorang Tok Guru tua yang bosan membuat berkebajikan dan mengabaikan kenikmatan dunia, cuba membunuh diri dengan meminum racun. Tetapi belum sempat dia berbuat demikian, Iblis menjelma menyelamatkan dan terus memujuk supaya menjadi pengikutnya dan berjanji akan memberi segala kemewahan dan apa saja yang dimahunya.
 
Tok Guru terpesona dengan pujuk rayu Iblis dan setelah menandatangani surat perjanjian dengan darahnya dia pun kembali muda. Roslan dibawa terbang ke angkasa dan sampai ke sebuah kampung di mana penduduknya hidup riang serta aman dan damai.
 
Dalam satu majlis keramaian Roslan terpandangkan gadis jelita (Hamimah) lalu terus jatuh cinta. Hamimah kuat pegangan agama Islamnya tetapi kerana tergoda dengan ketampanan Roslan,menyebabkan imannya yang teguh itu cair juga.
 
Mereka terlanjor berzina yang menyebabkan Hamimah mengandung. Atas pertologan Iblis, Roslan dan Hamimah berjaya hidup bersama dan melahirkan anak yang dikandungnya. Bagaimanapun kebahagiaan tersebut tidak kekal lama kerana abangnya (Hussin) pulang dan membunuh anak kecilnya tetapi dia mati pula ditangan Roslan.
 
Kerana perzinahan yang dilakukan, Hamimah telah dihukum Tok Penghulu sebat 100 kali berdasarkan yang terkandung dalam al-quran. Selepas disebat, roh Hamimah di angkat ke langit, Roslan kembali tua dan Iblis hilang ghaib.
 
==Pelakon==