Perbezaan antara semakan "Wilayah Persekutuan"

==Sejarah==
 
Kuala Lumpur ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan pada tanggal [[1 Februari]] [[1974]], lalu menjadi ibu negara Malaysia. Pentadbiran Kuala Lumpur diletakkan di bawah [[Dewan Bandaraya Kuala Lumpur]]. Kuala Lumpur merupakan pusat [[perundangan]] dan menempatkan [[Bangunan Parlimen]]. Pada [[16 April]] [[1984]], Labuan yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiran [[Sabah]] dibawa masuk kedalam Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pentadbiran [[Perbadanan Labuan]]. Pada [[1 Februari]] [[2001]], Putrajaya ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan ketiga dan diletakkan di bawah pentadbiran [[Perbadanan Putrajaya]]. Putrajaya kemudiannya menjadi pusat pentadbiran yang baru bagi Malaysia.
 
Pembentukan [[Jemaah Menteri|Kabinet]] baru pada [[27 Mac]] [[2004]] oleh [[Perdana Menteri Malaysia]], Datuk Seri [[Abdullah bin Haji Ahmad Badawi]] telah membawa kepada penubuhan [[Kementerian Wilayah Persekutuan]] (KWP). Tugas kementerian ini ialah memberi tumpuan khusus terhadap kemajuan Wilayah Persekutuan.
Pengguna awanama