Perbezaan antara semakan "William Slim, Viscount Slim Pertama"

kemas
k (kunci baru untuk Kategori:Kempen Burma: "Slim" (HotCat))
(kemas)
Slim dilahirkan di Bishopston, berdekatan [[Bristol]], anak kepada John dan Charlotte (née Tucker) Slim. Kegagalan perniagaan bapanya bermaksud yang Slim tidak dapat memasuki universiti,<ref name="Heathcote259">Heathcote (1999), p.259</ref> jadi beliau bkerja sebagai guru sekolah rendah dan juga bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat pembuat tiub logam, Stewarts & Lloyds, antara tahun 1910 dan 1914.
 
Mahupun tidak mempunyai kaitan dengan universiti,<ref name="Heathcote259">Heathcote (1999), p.259</ref> William menyertai Kor Latihan Pegawai [[UniversitUniversiti Birmingham]] dalam tahun 1912, lantas dapat ditauliahkan sebagai [[leftenan muda]] sementara dalam [[Rejimen Royal Warwickshire]] pada 22 Ogos 1914, sebaik sahaja tercetusnya [[Perang Dunia Pertama]]; dalam kehidupannya kemudia, disebabkan asal-usulnya dan pembawaannya yang sederhana, beliau disalah anggap sebagai seorang yang berasal sebagai askar biasa. Beliau mengalami kecederaan yang teruk di [[Pertempuran Gallipoli|Gallipoli]]. Sebaik sahaja pulang ke [[England]], beliau dikurnaia pentauliah tetap sebagai leftenan muda dalam [[Rejimen West India]]. Pada bulan Oktober 1916, beliau pulang ke Rejimen Royal Warwickshire di [[Mesopotamia]]. Pada 4 Mac 1917, beliau dinaikkan pangkat ke [[Leftenan]].<ref name=LG_01>{{London Gazette|issue=30183|startpage=7076|supp=yes|date=14 July 1917|accessdate=31 December 2007}}</ref> Beliau tercedera buat kali kedua dalam tahun 1917. Sebelum kejadian ini, belaiau telah dinaikkan ke pangkat [[Kapten]] dan beliau dikurniakan pingat [[Military Cross]] (MC) pada 17 Februari 1918 kerana aksi-aksinya di Mesopotamia.<ref name=LG_02>{{London Gazette|issue=30514|startpage=1800|endpage=1802|supp=yes|date=7 February 1918|accessdate=31 December 2007}}</ref>
 
Slim dipindahkan ke [[Raj British|India]] berikutan kecederaannya dan diberikan pangkat [[Mejar]] sementara dalam rejimen [[Rejimen Raifel Gurkha Ke-6|Raifel Gurkha Ke-6]] (6th Gurkha Rifles]] pada 2 November 1918.<ref name=LG_03>{{London Gazette|issue=31993|startpage=7835|supp=yes|date=26 July 1920|accessdate=31 December 2007}}</ref> Beliau dinaikkan ke pangkat kapten secara formal dan dipindahkan kepada [[Tentera Darat India British]] pada 22 Mei 1919.<ref name=LG_04>{{London Gazette|issue=31574|startpage=12035|date=30 September 1919|accessdate=31 December 2007}}</ref> Slim menjadi ajutan batalionnya dalam tahun 1921.