Wehrmachtbericht: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
Ia telah disunting oleh sebuah jabatan khas propaganda yang diserapkan didalam ''Wehrmachtfuhrungsstab'' (Staf Operasi Angkatan Tentera) dibawah Generaloberst [[Alfred Jodl]], berpandukan pada bahan cerita yang dihantar oleh ''Propagandakompanien'' yang berada bersama tentera barisan depan, manakala wartawan perang persendirian tidak dibenarkan masuk sama sekali. Kesemua penyiaran mesti mendapat kelulusan dari Kementerian Kesedaran Awam dan Propaganda Reich [[Joseph Goebbels]] yang mengawal sepenuhnya institusi media Jerman, menyebabkan berlakunya persaingan yang berterusan antara birokrasi kementerian dan staf eksekutif Wehrmacht. Goebbels dan Jodl menganggap ''Wehrmachtsbericht'' sebagai satu alat penting pengerahan tentera dalam negeri dibawah keadaan perang total.
 
Laporan pertama bersiaran dengan [[penyerbuanpenjajahan Poland]] pada 1 September 1939 dan yang terakhir pula dibuat pada 9 Mei 1945 dari [[Flensburg]]. Selepas [[penyerbuan Kesatuan Soviet]] pada bulan Jun 1941, laporan yang disiarkan pada waktu tengahari akan bermula dengan bunyi trompet (dari puisi simfoni ''[[Les Préludes]]'' ciptaan [[Franz Liszt]]), diikuti dengan kata-kata aluan penyampai radio, "Aus dem Führerhauptquartier, das Oberkommando der Wehrmacht gibt bekannt" ("Dari Ibupejabat [[Führer]], Markas Besar Angkatan Tentera mengumumkan").
 
Erich Murawski, pengarah Jabatan Rekod Tentera, menganalisis laporan-laporan yang diberikan oleh Wehrmacht dan menentukan empat peringkat gaya siaran daripada Wehrmachtbericht: