Perbezaan antara semakan "William Slim, Viscount Slim Pertama"

 
Pada awal tahun 1944, Slim dilantik ''Companion'' [[Order of the Bath]] (CB).<ref name=CB>The CB was awarded prior to 31 March 1944 when Slim is recorded with this honour in the ''[[London Gazette]]'', but the record of the award appears to be unpublished.</ref> Kemudian, dalam tahun 1944 pihak Jepun melancarkan serangan terhadap India yang menyasarkan [[Imphal]], beratus batu di arah utara. Slim mengangkut dua divisyen veteran (India Ke-5 dan Ke-7) daripada pertempuran di Arakan, terus kepada pertempuran diutara, dengan menggunakan pesawat udara. Aksi-aksi pertahanan yang getir berlaku di tempat-tempat seperti [[Pertempuran Imphal|Imphal]], [[Pertempuran Sangshak|Sangshak]] dan [[Pertempuran Kohima|Kohima]], sementara [[Tentera Udara Diraja British]] (RAF) dan [[Angkatan Udara Tentera Darat Amerika Syarikat]] (''United States Army Air Forces'' USAAF) membantu memastikan angkatan Slim terus dibekalkan dengan bekalan keperluan perang. Jepun berjaya mara dan mengepung formasi-formasi Tentera Ke-14, akan tetapi mereka tidak dapat menewaskan formasi-formasi tersebut ataupun melaksanakan serbuan keluar dari hutan di sepanjang sempadan India. Kemaraan Jepun terhenti. Pihak Jepun yang memandang rendah tentera British dan India ekoran prestasi tetera-tentera ini pada tahun 1942&ndash;42, enggan mengalah mahupun musim [[monsun]] sudah bermula dan sebahagian tentera mereka ranap akibat pelaksanaan operasi dalam keadaan yang amat teruk. Pelan asal Jepun ialah untuk menawan simpanan makanan, ubatan dan minyak Bersekutu bagi menampung keperluan buat kemaraan mereka. Akan tetapi mereka gagal menawan sebarang simpanan; akibatnya unit-unit mereka mengalami bilangan terkorban dan tercedera yang tidak dapat ditampung dan mereka terpaksa berundur dalam keadaan kucar-kacir dalam bulan Julai 1944, dan meninggalkan anggota-anggota mereka yang terkorban akibat kecederaan dan penyakit, dan juga anggota yang tercedera.
 
<!--
OnPada 8 AugustOgos 1944, Slim was promoteddilantik tosebagai lieutenantleftenan-generaljeneral,<ref name=LG_21>{{London Gazette|issue=36642|startpage=3659|supp=yes |date=8 August 1944 |accessdate=31 December 2007}}</ref> anddan, onpada 28 September 1944, hedia wasdilantik appointedsebagai aKomander Kesasteria ("Knight Commander") of thebagi [["Order of the Bath]]" (KCB).<ref name=LG_18>{{London Gazette|issue=36720|startpage=4473|supp=yes
|date=28 September 1944 |accessdate=31 December 2007}}</ref> InPada DecemberDisember 1944, duringsemasa aupacara ceremony atdi Imphal indi fronthadapan of theregiment [[Scotland|Scottish]], [[Gurkha]] anddan [[Punjabi people|Punjabi]] regiments, Slim and three ofdan histiga corpskomander commanderskor ([[Philip Christison|Christison]], [[Geoffrey Scoones|Scoones]] anddan [[Montagu Stopford|Stopford]]) weredi anugerah knighted by theoleh viceroy [[Archibald Wavell, 1st Earl Wavell|Lord Wavell]] anddan investeddianugerahkan with their honourspenghormatan: Slim wasdiberikan presented with hisjata insignia assebagai KCB, thesementara othersyang withlain theirdengan Anugerah Empayar British [[Order of the British Empire|KBEs]]. Slim was alsoturut mentioneddipuji indalam despatchesperutusan.<ref name=LG_19>{{London Gazette|issue=36753|startpage=4794|supp=yes |date=17 October 1944 |accessdate=31 December 2007}}</ref>
 
-->
Pada tahun 1945, Slim melancarkan serangan terhadap Burma, dengan garis bekalan regangan sehingga hampir ke titik gagal merentasi beratus-ratus batu melalui hutan tanpa jalan. Beliau menghadapi masalah yang sama yang dihadapi oleh pihak Jepun semasa serangan 1944 yang gagal pada arah bertentangan. Beliau menjadikan perbekalan tenteranya isu utama dalam pelan kempen. Sungai Chindwin direntasi oleh jambatan Bailey terpanjang di dunia pada masa itu. Selepas menyeberangi sungai [[Sungaisungai Irrawaddy|Irrawaddy]] dia menawan bandar Meiktila, diikuti dengan bandar kedua Myanmar, [[Mandalay]] . Pelan Slim merupakan adalah satu seni operasi, dan penawanan Meiktila meninggalkan kebanyakan tentera Jepun di Burma tanpa bekalan. Pihak Berikat telah sampai ke dataran terbuka di pusat Burma, meluru keluar dan memecahkan angkatan penyerang Jepun menjadi terasing, mengekalkan inisiatif pada setiap masa, dengan disokong oleh kerjasama udara-darat termasuk pembekalan semula melalui udara dan sokongan udara dekat, yang dilakukan oleh kedua-dua RAF dan unit USAAF.
 
Melalui gabungan serangan ini, [[Force 136|Pasukan 136]] ("Force 136") telah membantu memulakan pemberontakan di seluruh negara daripada orang Burma menentang Jepun. Selain menentang kemaraan pihak Bersekutu di selatan, pihak Jepun telah berhadapan dengan serangan hebat di belakang garisan mereka sendiri. Pada tempoh akhir kempen, tentera Slim berlumba ke arah selatan untuk menawan Rangoon sebelum bermulanya musim tengkujuh. Ia dianggap perlu untuk menawan kembali pelabuhan laluan bekalan darat yang jauh dari India dan mustahil bagi bekalan melalui udara atau darat semasa musim tengkujuh. Rangoon akhirnya diambil semula melalui gabungan serangan darat (tentera Slim), udara (operasi payung terjun di selatan bandar) dan serangan melalui laut. Juga turut membantu dalam penawanan semula Rangoon adalah [[Liga Kebebasan Rakyat Anti-Fasis]] ("Anti-Fascist People's Freedom League") yang diketuai oleh [[Thakin Soe]] dengan [[Aung San]] (Perdana Menteri masa depan Burma dan bapa kepada [[Aung San Suu Kyi]]) sebagai salah seorang komander tentera.
245,304

suntingan