Perbezaan antara semakan "Bismillah"

1,723 bait ditambah ,  7 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
(perbaiki)
[[Fail:Basmala.svg|right|thumb|270px|[[Karya tulis]] Arab frasa Bismillah]]
 
[[Fail:Bismillah.JPG|right|thumb|220px|Sebuah bentuk [[Karya tulis Islam|kesenian]] Bismillah dalam bentuk sebuah [[jambu]] ]]
 
Dalam Qur'an, ia sering dinomborkan sebagai ayat pertama [[Surah Al-Fatihah|surah pertama]], tetapi menurut pandangan [[Muhammad ibn Jarir al-Tabari|Al-Tabari]], ia adalah pendahuluan sebelum ayat pertama. Ia juga terletak di semua permulaan [[surah]] kecuali [[Surah At-Taubah|surah kesembilan]], tetapi tidak dinomborkan kecuali di surah pertama tadi. Frasa ini juga muncul dua kali dalam [[Surah An-Naml]], iaitu dipermulaan dan pada ayat ke-30.
 
: بسم الله الرحمن الرحيم
: ''bismi-llāhi ar-raḥmāni ar-raḥīmi''
: "Dengan nama [[Allah]], Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani"
 
Perkataan "basmalah" sendiri terbit dari sebutan empat konsonan pertama bagi ''bismi-llāhi...'' yang akarnya adalah b-s-m-l (ب س م ل). Akar konsonan abstrak ini digunakan untuk menerbitkan kata nama basmalah, begitu juga bentuk kata kerja yang bermaksud "baca basmala". Perlakuan memberikan nama bagi perkataan yang lazim disebut atau [[zikir]] juga berlaku seperti frasa "''[[Allahu Akbar]]''", yang dirujuk sebagai "Takbir" (juga [[Ta'awwudh]] dll.); dan kaedah mengambil empat huruf konsonan juga seperti berlaku seperti kata nama "Hamdala" bagi [[Alhamdulillah]].
 
Umat Kristian penutur bahasa Arab kadang-kadang menggunakan perkataan Bismillah untuk merujukkan pada [[Rumusan Tritunggal|rumusan liturgikal]] "Dengan nama Bapa, Anak, dan Roh Kudus" ({{lang|ar|باسم الآب والابن والروح القدس}}, ''{{ArabDIN|bismi-l-[[Ab (Semitic)|’abi]] wa-l-ibni wa-r-rūḥi l-qudusi}}''), dari [http://www.arabicbible.com/bible/nt/mat/28.htm Matthew 28:19].
 
== Numerologi ==
 
{| class=wikitable infobox" style="align:left;"
|-
!Perkataan!!Jumlah huruf
|-
| align="center|بسم الله || align="center"|7
|-
| align="center|الرحمن || align="center"|6
|-
| align="center|الرحيم || align="center"|6
|}
 
Jumlah nilai huruf dalam ''Bismillah al-Rahman al-Rahim'', mengikut satu sistem [[Isopsefi|numerologi]] bahasa Arab, adalah 786. Terdapat dua kaedah mengatur huruf abjad Arab. Salah satu kaedah adalah mengikut abjad biasa (digunakan untuk tujuan yang paling biasa), bermula dengan huruf Alif ا, ba ب, ta ت, tha ث, dan seter4snya. Kaedah lain yang dikenali sebagai kaedah [[angka Abjad]] (atau ordinal). Dalam kaedah ini, huruf akan disusun dalam [[Angka_Abjad#Susunan_Abjadi|susunan]] yang berikut: Abjad, Hawwaz, Hutti, Kalaman, Sa'fas, Qarshat, Sakhaz, Zazagh; setiap huruf mempunyai nilai aritmetik diberikan kepadanya, dari 1 hingga 1,000. Susunan ini mungkin dilakukan pada abad ke-3 Hijrah pada zaman 'Abbasiyyah, berikutan amalan penutur bahasa Semitik lain seperti Aramaik, Ibrani, Syria dan Kasdim.
 
Dengan mengambil kira nilai angka semua huruf-huruf dalam'' bismillah'', menurut Abjad susunan, jumlahnya ialah 786. Di benua kecil India [[angka Abjad]] telah menjadi popular. Sesetengah orang-kebanyakannya di India dan Pakistan menggunakan [[786 (nombor)|786]] sebagai pengganti untuk'' bismillah'' ("Dengan nama [[Tuhan dalam Islam|Allah]]). Mereka menulis nombor ini untuk mengelakkan menulis nama Allah atau untuk mengelakkan menulis ayat-ayat Al-Quran di atas kertas biasa (yang boleh menjadi kotor atau bersentuhan dengan bahan-bahan haram). amalan ini tidak dari wafatnya Nabi Muhammad, dan tidak diterima secara meluas oleh umat Islam.
 
== Lihat juga ==
 
* [[Kalimah]]
* [[Syahadah]]