Hugo Sperrle: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 18:
|laterwork=}}
 
'''Hugo Sperrle''' (7 Februari 1885 – 2 April 1953) ialah seorang [[Fil Marsyal]] ''(Generalfeldmarschall)'' ''[[Luftwaffe]]'' [[Jerman]] semasa [[Perang Dunia Kedua]]. Pasukannya diletakkan sepenuhnya di Perbatasan Barat semasa [[Perang Dunia Kedua]] dan Medan Mediterranean, Timur Tengah, dan Afrika sepanjang [[Perang Dunia Kedua]]. Menjelang 1944 dia menjadi Supreme Commander bagi Luftwaffe di Barat, tetapi kemusiannya disingkirkan apabila pasukannya yang jauh lebih kecil tidak mampu menghalang pendaratan pihak Berikat di Eropah Barat.
 
==Kehidupan awal dan kerjaya==
Dia dilahirkan di [[Ludwigsburg]], dan menyertai Tentera Jerman pada tahun 1903 dan dilantik sebagai ''[[Leftenan|Leutnant]]'', kemudian dilantik sebagai''[[Oberleutnant]]''. Selepas [[Perang Dunia Pertama]] meletus, dia dipindahkan ke [[Luftstreitkräfte]] (Perkhidmatan Udara Tentera Jerman), berkhidmad sebagai pemerhati dalam pesawat dua orang. Semasa perang dia menerima kenaikan pangkat dan akhirnya sebagai komander komponen udara dalam Tentere ke-17 Empayar Jerman.<ref>Williamson (2006), p. 44</ref>
 
==ANtara perang==
Sperrle menyertai [[Freikorps]] pada tamat perang selepas pembubaran Perkhidmatan Udara, sebelum menyertai ''[[Reichswehr]]''. Oleh kerana Jerman tidak dibenarkan mengendali unit udara, dia menyertai logistik dan pemerintahan tentera. Selepas piohak Nazi mengambil alih, pasukan [[Luftwaffe]], ditubuhkan.<ref name=w45/>
 
Dia menyertai Luftwaffe yang baru dibentuk pada tahun 1935 di mana dia kemudiannya dilantik sebagai generalmajor (bersamaan US [[brigadier jeneral]]). Dia ketika itu merupakan komander pertama [[Legion Condor]] semasa [[Perang Saudara Sepanyol]] sehingga Oktober 1937, dengan [[Wolfram Freiherr von Richthofen]] berkhidmat sebagai Ketua Turus tentera. Selepas itu dia dilantik sebagai Jeneral der Flieger (bersamaan US [[leftenan jeneral]]).<ref name=w45>Williamson (2006), p. 45</ref>
 
==Perang Dunia Kedua==
Apabila [[Perang Dunia Kedua]] meletus, dia memimpin (Pasukan Udara Ke-3) ''[[Luftflotte 3]]'' Jerman. Unit ini tidak terbabit semasa kempen Poland, tetapi digunakan dari May seterusnya di [[Perancis]], memainkan peranan penting sebagai unit sokongan pengeboman taktikal. Pada Julai 1940, dia dilantik sebagai ''[[Generalfeldmarschall]]'' bagi Luftwaffe. Pasukan Udara Ke-3, ditempatkan di urata Perancis, memainkan peranan penting dalam [[Pertempuran Britain]], dari Jun 1940 hingga Oktober 1940 dan [[The Blitz]], dari May 1941. Pada September Sperrle terbabit dalam perdebatan hangat dengan komander Luftwaffe yang lain, terutamanya dengan Pemerintah Tertingginya[[Hermann Göring]], menyokong penerusan serangan terhadap lapangan terbang British dan Pasukan Udara Diraja bagi memastikan kejayaan penjajahan Britain. Bagaimanapun, Göring memerintah perubahan pada strategi Luftwaffe, bertukar bagi menyerang bandar British (yang memiliki kesan tidak sengaja bagi meringankan tekanan Jerman terhadap RAF). Pasukannya terus mengebom Britain sehingga musim gugur tahun 1941.<ref name=w45/>
 
Dia kekal bersama unitnya di Perancis bagi 3 tahun berikutnya, dinggal dengan mewah di [[Istana Luxembourg]]. Peranan utamanya dalam perang, bagaimanapun telah tamat. Dia menyokong [[Erwin Rommel]] semasa [[Kempen Afrika Utara]] dan akhirnya mengambil alih pemerintahan pasukan udara Jerman di [[Eropah Timur]] pada tahun 1944, sejurus bebelum pendaratan Berikat di Eropah Barat. Pasukannya terjejas teruk akibat kekurangan kapal terbang, krew berpengalaman, dan bahan api yang teruk. Sungguhpun pada awalnya penyokong Nazi, dia semakin kecewa dengan usaha perang Jerman. Semasa pendaratan Normandy dia hanya memiliki 319 kapal terbang yang beroperasi yang tinggal bagi menentang armada pihak Berikat lebih dari 9,000 kapal terbang. Akibat ketidakupayaannya unitnya bagi menghalang pendaratan pasukan Berikat, dia disingkirkan sebagai komander pada Ogos 1944.<ref name=w46>Williamson (2006), p. 46</ref>
 
Field Marshal Sperrle ditawan oleh Berikat dan dituduh dengan tuduhan jenayah perang dalam Perbicaraan Pemerintah Tertinggi dalam Perbicaraan Nuremberg Berikutnya tetapi dibebaskan. Selepas perang, dia tinggal secara diam-diam dan meninggal di [[Munich]] pada tahun 1953.<ref name=w46/>
 
== Tarikh kenaikkan pangkat ==