Tulisan Cina Tradisional: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 1 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q178528
Tofeiku (bincang | sumb.)
Penambahan tulisan jawi
Baris 14:
Pada hari ini, aksara-aksara tradisional digunakan di [[Taiwan]], [[Hong Kong]], [[Makau]], dan sesetengah komuniti [[Cina perantauan]], khususnya mereka yang berasal dari kawasan/negara tersebut atau yang berhijrah sebelum penggunaan aksara ringkas di [[Republik Rakyat China]]. Sebagai perbandingan, aksara ringkas digunakan di [[tanah besar China]], [[Singapura]] (dalam terbitan rasmi, walaupun banyak nama masih ditulis dalam aksara tradisional), dan sesetengah komuniti Cina perantauan, khususnya mereka yang berhijrah dari negara-negara tersebut selepas penggunaan aksara Cina Ringkas secara meluas. [[Tulisan Cina Ringkas#Perdebatan tentang aksara-aksara Cina tradisional dan ringkas|Perdebatan tentang aksara-aksara Cina tradisional dan ringkas]] merupakan suatu topik yang lama yang masih diperdebatkan antara komuniti-komuniti Cina.
 
== Nama Cina نام چينا ==
Antara para penutur bahasa Cina, aksara Cina tradisional dirujuk dengan berbagai-bagai nama yang berbeza, dengan setiapnya mempunyai konotasi yang berlainan. Kerajaan [[Republik China]] di [[Taiwan]] secara rasmi merujuk kepada aksara Cina tradisional sebagai '''aksara baku''' atau '''aksara tepat''' (Cina tradisional: 正體字,{{zh-sht|s=正体字|hp=zhèngtǐzì|tp=jhèngtǐzìh}}) yang membayangkan bahawa aksara tradisional merupakan bentuk aksara yang lengkap dan tepat. Walau bagaimanapun, istilah yang sama itu ("aksara baku", 正体字) dipergunakan di [[tanah besar China]] untuk membezakan aksara-aksara ringkas dan tradisional yang baku daripada aksara-aksara kelainan dan idiomatik (异体字). <ref>Akademi Sains Sosial, (1978), ''Modern Chinese Dictionary'', The Commercial Press: Beijing.</ref>
 
Baris 29:
Di bahagian timur laut China, perkataan tempatan untuk aksara tradisional ialah "aksara sebenar" ({{zh-cht|c=真字|hp=zhēnzì|tp=jhēnzìh}}).
 
== Teks bercetak تيکﺱ برچيتق ==
Apabila mencetak teks, orang-orang di [[China Tanah Besar]] dan [[Singapura]] biasanya menggunakan sistem diperingkas yang dikembangkan oleh kerajaan [[Republik Rakyat China]] pada dekad [[1950-an]]. Bagaimanapun, Republik Rakyat China juga mencetak bahan-bahan yang bertujuan dibaca di luar [[China Tanah Besar]] dengan menggunakan aksara tradisional. Bagi teks ditulis tangan, kebanyakan orang menggunakan peringkasan tidak rasmi yang kekadang bersifat peribadi. Dalam kebanyakan kes, suatu aksara alternatif ({{lang|zh|異體字}}) akan digunakan untuk menggantikan aksara yang mempunyai banyak coret, umpamanya {{lang|zh|体}} untuk {{lang|zh|體}}. Berbeza dengan kepercayaan popular, kebanyakan aksara alternatif tersebut sebenarnya merupakan sebahagian aksara Cina Tradisional, tetapi secara tidak formal dan mengelirukan dipanggil bentuk ringkas ({{lang|zh|簡寫}}). Walaupun tidak baku, ini biasanya diterima di luar sekolah, dengan sesetengahnya digunakan dengan amat meluas, umpamanya {{lang|zh|台}} ''tái'' &nbsp;dalam {{lang|zh|台灣}} ''Táiwan'', &nbsp;berbanding dengan aksara bakunya ({{lang|zh|臺}}).
 
Di samping itu, terdapat juga dua kegunaan utama bagi aksara alternatif pada masa dahulu. Pertamanya, aksara-aksara alternatif telah dipergunakan untuk mengelakkan penggunaan nama rasmi orang yang penting dalam konteks yang kurang rasmi sebagai cara untuk menunjukkan penghormatan kepada orang tersebut dengan mengekalkan aksara-aksara namanya. Perbuatan ini dipanggil "pengelakan perasaan tersinggung" ({{lang|zh|避諱}}) dalam bahasa Cina. Yang kedua, aksara-aksara alternatif digunakan ketika aksara yang sama diulang untuk menunjukkan bahawa pengulangannya telah dibuat dengan sengaja dan bukan suatu kesilapan editor ({{lang|zh|筆誤}}).
 
== Pengekodan aksara komputer ڤڠکودن اکسارا کومڤوتر ==
Pada masa dahulu, aksara Cina tradisional seringnya dipaparkan dengan menggunakan skema pengekodan aksara [[Big5]], suatu skema pengekodan yang memihak kepada aksara Cina Tradisional. Bagaimanapun, [[Unikod]] kini semakin popular sebagai cara untuk memaparkan aksara Cina Tradisional, dan memberikan penekanan yang sama kepada kedua-dua aksara Cina ringkas serta tradisional, tanpa mengutamakan satu sama lain.
 
Berbagai-bagai [[IME|Editor Kaedah Input]] (IME) juga wujud untuk [[Kaedah input Cina untuk komputer|menginput aksara Cina]], seperti yang terkenal ialah kaedah [[Changjie]]. Walaupun demikian, masih terdapat sebilangan aksara yang tidak dapat ditulis menggunakan kebanyakan IME; salah satu contoh ialah padanan [[loghat Shangai]] untuk {{lang|zh|嗎}} yang ditulis sebagai {{lang|zh|伐}} dengan [[Radikal (aksara Cina)|radikal]] {{lang|zh|口}}.
 
== Laman web لامن ويب ==
[[Konsortium Jaringan Sejagat]] menyarankan penggunaan nilai atribut bahasa dan nilai bahasa kandungan <tt>zh-Hant</tt> untuk menentukan kandungan laman web yang ditulis dalam aksara Cina Tradisional. [http://www.w3.org/TR/i18n-html-tech-lang/#ri20040429.113217290]
 
== Penggunaan dalam bahasa lain ڤڠݢونا<sup>ء</sup>ن دالم بهاس لا<sup>ء</sup>بن ==
Aksara-aksara Cina tradisional juga digunakan untuk tulisan [[Hanja]] [[Bahasa Korea|Korea]], manakala aksara tradisional yang diperingkas secara sederhana digunakan dalam [[tulisan Kanji]] [[Bahasa Jepun|Jepun]] moden.
 
== Lihat juga ليهت جوݢ ==
* [[Kanji]]
* [[Hanja]], hampir sama dengan aksara Cina tradisional
Baris 52:
* [[Peringkasan aksara Cina di Hong Kong]]
 
== Rujukan رجوعن ==
{{reflist}}
 
== Pautan luar ڤا<sup>ء</sup>وتن لوار ==
{{ChineseText}}
* [http://www.omniglot.com/writing/chinese_evolution.htm Perkembangan Aksara Cina]