Abu Ayyub al-Ansari: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 11:
Walau bagaimanapun, akhirnya permintaan Abu Ayyub supaya baginda tinggal di tingkat atas dipersetujui oleh baginda setelah berlaku suatu peristiwa. Pada suatu hari, bekas air telah pecah menyebabkan air bertakungan di atas lantai di tingkat atas dan hampir menitis ke tingkat bawah melalui celah-celah lubang lantai. Oleh sebab risau jika air itu menitis ke atas kepala baginda nabi, beliau dan isteri bertungkus-lumus mengeringkan air itu. Disebabkan risau kejadian seperti itu berulang lagi, Abu Ayyub besungguh-sungguh meminta Rasulullah s.a.w untuk tinggal di tingkat atas.
 
Pada setiap malam, [[Saad bin Ubadah]], [[As'ad bin Zurarah]] dan [[Zaid bin Thabit]] akan berkawal di rumah Abu Ayyub kerana riasu akan keselamatan baginda nabi. Makan minum baginda nabi disediakan oleh isteri Abu Ayyub, iaitu Ummu Ayyub al-Ansari. Abu Ayyub sekeluarga hanya makan lebihan makanan yang ditinggalkan oleh baginda. Selain makanan yang disediakan oleh keluarga Abu Ayyub, setiap hari akan ada sahabat-sahabat lain yang menghantarkan makanan keoadakepada baginda. Kebiasaannya apabila ada sahabat yang menghantarkan makanan kepada baginda, Nabi Muhammad s.a.w akan memanggil [[Sahabat Rasulullah s.a.w|para sahabat baginda]] untuk makan bersama-sama. Menurut riwayat, sahabat yang pertama menghantarkan makanan kepada baginda ialah Zaid bin Thabit sementara yang paling kerap menghantarkan makanan ialah Saad bin Ubadah dan dan As'ad bin Zurarah.
 
Sepanjang beliau menyediakan makanan kepada nabi, Abu Ayyub mengetahui amalan pemakanan baginda yang tidak mengambil [[bawang]]. Pada suatu hari, Ummu Ayyub memasak makanan yang dicampur dengan bawang dan mendapati baginda langsung tidak menyentuh bawang dalam hidangan tersebut. Nabi menjelaskan sebab baginda mengelak daripada memakan bawang adalah kerana tidak mahu menyakitkan sahabat baginda. Sahabat yang dimaksudkan oleh baginda itu tidak lain tidak bukan ialah para [[malaikat]].
Baris 21:
::''"Seorang lelaki yang soleh akan syahid dan akan dikuburkan di bawah kubu kota Constantinople"''<ref>http://cwis.usc.edu/dept/MSA/fundamentals/hadithsunnah/abudawud/014.sat.html#014.2506 Hadis Abu Dawud 14.2506</ref>
 
Ketika hayat baginda, Nabi Muhammad s.a.w telah meriwayatkan bahawa "[[Kejatuhan Constantinople| Constantinople bakal jatuh]] ke tangan orang Islam. "Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera dan rakyatnya adalah sebaik-baik rakyat."
 
Setelah ditanya mengenai wasiat beliau mahu dikebumikan di bawah kubu kota Constantinople, Abu Ayyub menjelaskan bahawa beliau mahu mendengar derapan kuda sebaik-baik raja yang memimpin sebaik-baik tentera ketika mereka bergerak masuk ke dalam Constantinople.