Perbezaan antara semakan "Sistem maklumat geografi"

k
Membalikkan suntingan oleh 183.171.162.8 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Kurniasan
k (Membalikkan suntingan oleh 183.171.162.8 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Kurniasan)
'''Sistem maklumat geografi''' ('''SMG''' atau '''GIS''', singkatan ''geographic information system''), '''sains maklumat geografi''', atau '''kajian maklumat georuang''' ialah sistem yang direka untuk menangkap, menyimpan, mengolah, menganalisis, mengurus, dan mempersembahkan kesemua jenis data rujukan geografi.<ref>{{cite web|title=Geographic Information Systems as an Integrating Technology: Context, Concepts, and Definitions|url=http://www.colorado.edu/geography/gcraft/notes/intro/intro.html|publisher=ESRI|accessdate=10 November 2011}}</ref> Dalam istilah yang paling mudah, SMG ialah gabungan antara teknologi [[kartografi]], [[analisis statistik]], dan [[pangkalan data]].
 
==Kegunaan==
==Pengertian SMG adalah luas dan boleh merujuk kepada sebilangan teknologi, proses, serta kaedah yang berbeza-beza. Ia dikaitkan dengan pelbagai operasi dan kebanyakan penggunaan yang berkaitan dengan kejuruteraan, perancangan, pengurusan, pengangkutan, logistik, insurans, telekomunikasi, dan urusniaga.<ref>{{cite web|url= http://www.palgrave-journals.com/udi/journal/v16/n1/abs/udi201025a.html | author=Maliene V, Grigonis V, Palevičius V, Griffiths S|title=Geographic information system: Old principles with new capabilities |journal=Urban Design International |volume=16 |issue= 1 |pages= 1-6 |year= 2011 |doi= 10.1057/udi.2010.25 }}</ref> Atas sebab itu, SMG dan aplikasi-aplikasi bijak-lokasi boleh menjadi asas untuk kebanyakan perkhidmatan tahu-kedudukan (''location enabled service'') yang bergantung kepada analisis, penampakan dan penyebaran hasil untuk membuat keputusan secara usaha sama.==
 
==Sejarah perkembangan==
Antara penggunaan analisis ruang yang pertama dalam [[epidemiologi]] ialah "''Rapport sur la marche et les effets du choléra dans Paris et le département de la [[Seine]]''" yang dibuat pada tahun 1832.<ref>{{cite web|url=http://gallica.bnf.fr/ark:/12148/bpt6k842918/f353.image|title=Rapport sur la marche et les effets du choléra dans Paris et le département de la Seine. Année 1832|publisher=Gallica|accessdate=31 Oktober 2013}}</ref> Dalam laporan itu, Charles Picquet, seorang ahli geografi [[Perancis]], telah membentangkan 48&nbsp;daerah bagi kota [[Paris]] dengan warna gradien hafton mengikut peratus kematian akibat [[kolera]] per&nbsp;1,000&nbsp;orang penduduk.
245,305

suntingan