Syed Azidi Syed Abdul Aziz: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
 
== Latar Belakang ==
Dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 2hb Februari 1970. Syed Azidi merupakan anak bongsu kepada 6 adik-beradik Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Sains Kelantan.Syed Azidi mendapat ijazah pertama dari Universiti Sains Malaysia pada tahun 1994 di dalam bidang filem.
 
== Karier Dalam Bidang Filem ==
Syed Azidi mula mengarah filem pada tahun 1992 Filem pertamanya berjudul Lautan Di Waktu Subuh merupakan sebuah filem eksperimental berdasarkan sajak oleh Zaihasra .Filem keduanya bertajuk Karamnya Bahtera Merdeka yang diarahkan pada tahun 1993 telah terpilih mewakili Malaysia di The Third Film Festival of International Cinema Students di Tokyo, Jepun .Filem ketiganya bertajuk Potret Seorang Patriot diarahkan pada tahun 1994 telah memenangi anugerah filem cereka terbaik di Festival Filem dan Penyiaran anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia.
 
Setelah tamat pengajian di Universiti Sains Malaysia. Syed Azidi mula bekerja sebagai pengarah dan penulis skrip . Pada tahun 1999, Syed Azidi menerima anugerah cerita terbaik di Festival Filem Malaysia menerusi skripnya bertajuk Perempuan Melayu Terakhir . Pada tahun 2006, Syed Azidi menerima anugerah pengarah harapan menerusi filem arahanya bertajuk Persona Non Grata
 
== Terkini ==
Syed Azidi sekarang menetap di Edinburgh, Scotland Beliau sedang menuntut di University of Edinburgh di peringkat sarjana dalam jurusan pengarahan filem.
==Kesalahan menghasut==
Beliau didakwa di atas kesalahan menghasut rakyat Malaysia pada 23 Ogos 2008 agar mengibarkan [[bendera Malaysia]] secara terbalik ketika menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos sebagai tanda protes kepada kerajaan. 3 pegawai [[polis]] [[Bukit Aman]] bertindak merampas [[komputer riba]] ketika beliau berada di rumah bersama isterinya Bariah Ishak. Waran tangkap tidak ditunjukkan ketika 3 polis berpakaian preman ke rumahnya. Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner II Amir Hamzah Ibrahim menjelaskan bahawa siasatan tersebut dikendalikan oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.Siasat ini berikutan satu laporan di Balai Polis Dang Wangi bahawa beliau telah menghasut agar [[Jalur Gemilang]] dikibarkan secara terbalik menjelang 31 Ogos 2008. <ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0919&pub=utusan_malaysia&sec=muka_hadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive Penulis blog Kickdefella direman dua hari]</ref>[[Timbalan Ketua Polis Negara]] Tan Sri [[Ismail Omar]] mengesahkan Syed Azidi ditahan dibawah [[Akta Hasutan]] Seksyen 4(1). Kesalahan menghasut boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun.