Financial Times: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Earth~mswiki (bincang | sumb.)
k format
Earth~mswiki (bincang | sumb.)
FTSE index
Baris 32:
 
Pesaing utamanya adalah ''[[Wall Street Journal|The Wall Street Journal]]'' yang berpengkalan di [[New York City]], Amerika Syarikat.
 
== Indeks ==
''Financial Times'' mengumpul dan menerbit beberapa indeks pasaran kewangan. Indeks yang paling lama diterbitkan adalah ''Financial News Index'' yang dimulakan pada 1 Julai 1935 oleh ''Financial News''. FT juga menerbitkan indeks yang sama yang telah digantikan oleh ''Financial News Index'' yang kemudianya dinamakan semula sebagai ''FT Index'' pada Januari 1947. Indeks tersebut bermula sebagai indeks saham perusahaan industri yang mana syarikat-syarikat yang mempunyai perniagaan besar di luar negara seperti Anglo-Iranian Oil Company (kemudian dinamakan [[British Petroleum]]), Lever Brothers (kemudiannya [[Unilever]]) dan [[Shell]], tidak dimasukkan. Sektor minyak dan gas serta kewangan hanya dimasukkan beberapa dekad kemudian.
 
FTSE All-Share Index yang dimulakan pada 1962 mengandungi 594 syarikat UK yang terbesar mengikut pasaran modal. FTSE merupakan satu usahasama antara FT dan [[London Stock Exchange]]. Pada 13 Februari 1984, FTSE 100 diperkenalkan and ia mengandungi 80% daripada nilai London Stock Exchange. Pada 1995, FTSE Group didirikan sebagai syarikat persendirian yang baru. Pejabat-pejabat baru telah dibuka di New York pada 1999, Paris 2000 dan Hong Kong, Frankfurt dan San Francisco pada 2001. Pejabat di Madrid dibuka pada 2002 dan di Tokyo pada 2003.
 
== Penyunting ==