Den Haag: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Haikalhacker94 (bincang | sumb.)
Haikalhacker94 (bincang | sumb.)
Baris 60:
Pada tahun-tahun awal [[Perang Lapan Puluh Tahun]], Den Haag telah dijajah dan para penduduknya habis lari. Sewaktu kota [[Leiden]] dikepung [[Sepanyol]], Den Haag adalah markas besar dan pangkalan mereka.
 
Sebenarnya sejak tahun [[1400]]-an lagi Den Haag sudah memiliki beberapa ribu orang penduduk sehingga sebenarnya layak berstatus bandar dan bukan desa. Namun sebuah bandar pada ketika itu seharusnya memiliki kadar autonomi yang cukup tinggi sehinggalah para bangsawan (''graaf'' atau ''graven'') Holland dan pemerintah terkemudian, para pemerintah Bourgondia dan Habsburg, memilih untuk berkuasa secara penuh pada tempat tinggal mereka. Kemudian mulai tahun [[1581]], ''[[Republiek der Zeven Verenigde Nederlanden]]'' ("Republik Tujuh Wilayah Belanda Yang Bersatu") meneruskan status ini, kerana Den Haag merupakan tempat berdirinya ''Staten-Generaal'', atau kawasan pentadbiran kerajaan yang tertinggi.
 
Dengan status tersebut Istana ''Stadhouder'' ("semacam pemerintahan") Holland juga terletak di Den Haag. Kemudian pada tahun 1580 terdapat perdebatan sengit apakah Den Haag masih akan dibangunkan lagi atau tidak. Kota Delft yang sangat berkuasa ketika itu kurang suka jika di daerah sekitarnya dibangunkan sebuah kota yang penting dan mungkin menjadi saingannya. Selain itu Delft juga menginginkan supaya ''Staten-Generaal'' masih tetap berada di kota itu. Akhirnya diputuskan untuk membangun kembali kota Den Haag dan supaya ''Staten-Generaal'' tetap berada di kota ini.