Sharifah Aleya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Sharifah Aleya binti Syed Zainal Rashid Al Yahya''' merupakan seorang pengacara TV, penyampai radio dan juga aktres [[Malaysia]] berbangsaberdarah kacukan [[MelayuArab,Cina dan India]] yang memulakan karier sejak berusia 12 tahun ketika mengacarakan rancangan Golden Teen Stuff di TV2 dan kemudiannya program Chicky Hour di TV3 sejak 1998. Pada tahun 2002 beliau muncul dalam filem ''Idola'' arahan [[Aziz M. Osman]] dengan memberikan lakonan berkesan sebagai remaja yang fanatik terhadap artis pujaan. Lakonannya menerima pengiktirafan sebagai Pelakon Harapan di Anugerah Skrin 2003.
 
Karier lakonan Aleya sangat cemerlang ketika usia remaja hinggakan beliau diiktiraf sebagai [[Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM)]] menerusi watak Nurul Nadia dalam filem ''Trauma'' pada tahun 2004 ketika berusia 21 tahun. Namun karier lakonannya di layar perak sedikit tenggelam akibat persaingan dengan aktres remaja lain biarpun muncul dalam filem-filem hebat antaranya ''[[Man Laksa]]'' dan ''[[Pontianak Harum Sundal Malam]]''. Sejak itu Aleya menumpukan karier pengacaraan menerusi rancangan bual bicara ''Selamba Serius'' bersama adiknya, [[Sharifah Amani]] dan sekali lagi bergandingan dalam program ''Latido'' di TV9. Aleya pernah mengacarakan program realiti Malaysian Idol musim pertama pada tahun 2004 bersama Soo Koi Jien serta The Breakfast Show di ntv7.