Harimau: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
HANYA UNUTUK PEMBETULAN
Tiada ringkasan suntingan
Baris 62:
 
===Ciri-ciri fizikal===
[[Fail:Siberian Tiger sf.jpg|left|thumb|Harimau Siberia.|336x336px]]
Harimau merupakan spesies kucing liar yang paling terkenal (selain [[singa]]). Harimau biasanya berbulu kemerahan atau perang berkarat, bulu dadanya berwarna keputihan, "berjambul" putih melilit mukanya, dan belang-belang yang berwarna perang, kelabu atau hitam. Setiap subspesies harimau memiliki bentuk dan kepadatan belang yang berlainan dari subspesies yang lain (di samping juga corak warna bulunya; misalnya, harimau Siberia berwarna lebih pudar berbanding subspesies yang lain). Kebanyakan harimau memiliki lebih 100 batang belang. Setiap harimau memiliki corak belang yang unik kepadanya, oleh itu mungkin ada gunanya untuk mengenal pasti harimau individu, seperti mana [[cap jari]] digunakan untuk mengenal pasti orang. Walaupun begitu, ini bukan cara yang biasa digunakan kerana sukarnya merakam corak belang seekor harimau liar. Mungkin sekali belang berfungsi sebagai alat [[penyamaran]] untuk membantu harimau menyorokkan diri dalam bayang bertelau-telau dan rumput panjang di persekitarannya, sambil menghendap mangsanya. Apabila bulu harimau dicukur, corak belang yang sama dengan bulunya juga kelihatan. Seperti spesies kucing besar yang lain, terdapat bintik putih di belakang kedua-dua belah telinga harimau.
[[Fail:TigerSkelLyd1.png|thumb|right|Rangka harimau.]]