Masyarakat: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurobot (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
Oleh kerana sesebuah masyarakat yang inginkan kestabilan memerlukan ahli-ahli yang sanggup menolong antara satu sama lain, maka ia perlu kepada nilai-nilai murni seperti [[rakyat|kerakyatan]], [[hak]] dan [[etika]]. Ini merupakan perkara asas untuk mencapai [[adil|keadilan]]. Jika nilai-nilai ini gagal dipatuhi, orang akan mengatakan sesebuah masyarakat tersebut sebagai tidak adil dan musibah akan berlaku.
 
Perkataan ''society'' datang daripada [[bahasa Latin]] ''societas'', "perhubungan baik dengan orang lain". Perkataan ''societas'' diambil dari ''socius '' yang bererti "teman", maka makna masyarakat itu adalah berkait rapat dengan apa yang dikatakan [[sosial]]. Ini bermakna telah tersirat dalam kata masyarakat bahawa ahli-ahlinya mempunyai kepentingan dan matlamat yang sama. Maka, masyarakat selalu digunakan untuk menggambarkan rakyat sesebuah [[negara]].
 
Walaupun setiap masyarakat itu berbeza, namun cara ia musnah adalah selalunya sama: [[penipuan]], [[pencurian]], [[keganasan]], [[perang|peperangan]] dan juga kadangkala penghapusan [[etnik]] jika perasaan [[kaum|perkauman]] itu timbul. Masyarakat yang baru akan muncul daripada sesiapa yang masih bersama, ataupun daripada sesiapa yang tinggal.