Albert Kesselring: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg: Suntingan mudah alih
Baris 13:
|serviceyears=1904–1945
|rank=[[Fil Marsyal]]
|commands=[[Armada Udara 1]]<br />[[Armada Udara 2]]<br />[[Kumpulan Tentera Darat C]]<br />[[Angkatan Tentera Selatan]]<br />[[OB West|Angkatan Tentera Barat]]
|battles=[[Perang Dunia I]]
* [[Barisan Barat]]
Baris 35:
Kesselring memasuki [[Tentera Darat Bavaria]] sebagai seorang [[pegawai kadet]] pada tahun 1904 dan berkhidmat dalam cawangan artileri. Beliau menamatkan latihan sebagai seorang pemerhati dalam kenderaan belon udara pada tahun 1912. Semasa [[Perang Dunia I]], beliau berkhidmat dikedua-dua barisan Barat dan Timur dan telah ditugaskan ke [[Staf Am]], walaupun tidak pernah belajar di [[Akademi Perang]]. Kesselring kekal didalam Tentera Darat selepas perang tetapi telah ditamatkan perkhidmatan pada tahun 1933 untuk menjadi ketua Jabatan Pentadbiran di [[Kementerian Udara Jerman]], dimana beliau telah terlibat dalam pembangunan semula industri penerbangan dan menyediakan asas-asas penubuhan ''Luftwaffe'', berkerja sebagai Ketua Stafnya dari tahun 1936 hingga 1938.
 
Sewaktu Perang Dunia II beliau memerintah armada udara dalam penyerbuan [[Poland]], [[Pertempuran Perancis]], [[Pertempuran Britain]], dan [[Operasi Barbarossa]]. Selaku Panglima Tertinggi Selatan (''Oberbefehlshaber Sud''), beliau adalah pemimpin keseluruhan tentera Jerman dan [[Itali]] di [[teater Mediterranean]], termasuk sekali operasi-operasi di [[Afrika Utara]]. Kesselring mengendalikan satu kempen pertahanan yang tiada kompromi terhadap [[tentera Bersekutu]] di Itali sehinggalah beliau tercedera dalam satu kemalangan pada Oktober 1944. Dalam kempen peperangan yang terakhir, beliau selaku ''[[OB West|Oberbefehlshaber West]]'' memerintah angkatan bersenjata Jerman di [[Barisan Barat]]. Beliau sangat dihormati oleh lawannya dari pihak Bersekutu kerana kejayaan-kejayaan militarinya, tetapi rekod beliau telah dicemari oleh pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera bawahannya di Itali.
 
Selepas perang, Kesselring dibicarakan bagi [[jenayah perang]] dan telah dijatuhi hukuman mati. Hukuman itu kemudiannya diringankan kepada penjara seumur hidup. Kempen politik dan media menyebabkan beliau dibebaskan pada tahun 1952, kononnya atas alasan kesihatan. Beliau adalah salah seorang daripada hanya tiga ''Generalfeldmarschall'' yang dapat menerbitkan memoir, bertajuk ''Soldat bis zum letzten Tag (Dari Seorang Perajurit Hingga Ke Akhir)''.