Kurosaki Ichigo: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ShiraQila (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Ssaft (bincang | sumb.)
Baris 23:
Ichigo ialah remaja pesimistik berusia 15 tahun dan selalu menonjolkan imej yang tidak berapa normal; keningnya sering dikedutkan dan suka tersenyum sinis. Tetapi, dia sebenarnya lebih baik hati dan bijak daripada sangkaan orang ramai. Ichigo mempunyai rambut jingga semula jadi dan hal ini membangkitkan kemarahan pelajar-pelajar senior yang suka bergaduh dengannya. Ichigo mendakwa bahawa dia tidak kisah tentang pandangan orang lain (berkenaan rambutnya atau subjek-subjek lain) malah seronok berlawan dengan kaki-kaki buli di sekolahnya. Ichigo biasanya akan berganding bahu dengan [[Sado "Chad" Yasutora|Sado Yasutora]] semasa menentang mereka.
 
Ichigo suka akan coklat dan makanan pedas. Artis kesukaannya ialah Al Pacino dan Mike Ness dan dia paling mangagumi William Shakespeare. Dia menyenangitidak suka akan wanita yang tidak berpakaian senonoh atau langsung tidak berbaju.
 
Ichigo merupakan seorang murid yang berpotensi; dia mendapat kedudukan 18 daripada 322 di sekolahnya. Hal ini mengerikan [[Asano Keigo]] (dia takut bahawa Ichigo akan bertukar kepada si ulat buku) tetapi Ichigo mengatakan bahawa dia mengulang kaji secara konsisten dan tidak mengabaikan latihan sekolahnya kerana dia tidak mempunyai apa-apa untuk dibuat di rumah. Banyak orang mempunyai syak wasangka dan prejudis terhadap Ichigo kerana keanehan warna rambutnya (walaupun warna semula jadi) menyebabkan Ichigo berusaha untuk mengubah persepsi mereka.