Kurosaki Ichigo: Perbezaan antara semakan

Saiz tidak berubah ,  8 tahun lalu
Seketika kemudian, Ichigo berjumpa dengan Ulquoirra yang membawa khabar "kematian" Rukia. Mendengar khabar ini, Ichigo memalingkan diri untuk berpatah balik demi menyelamatkan Rukia. Dia enggan bertarung dengan Ulquoirra kerana merasakan tiada perkelahian antara mereka. Namun, setelah Ulquoirra memberitahu bahawa dia yang membawa Orihime ke Hueco Mundo, Ichigo tiba-tiba naik berang lalu berpaling untuk memberi serangan sulung kepada Ulquoirra. Dia mula menyalahkan Ulquoirra kerana dialah yang menyebabkan Orihime dianggap sebagai pengkhianat.
 
Pertarungan tercetus dan Ichigo menggunakan kuasa Vaizard yang menyebabkan Ulquoirra seolah-olah gagal menyainginya. Keputusannya seolah-olah Ichigo menang tetapi tiba-tiba Ulquoirra muncul lalu menikam dada Ichigo dengan tangannya menyebabkan Ichigo tidak sedarkan diri. Babak ini juga mendedahkan kedudukan Ulquoirra sebagai ''QuatroCuarto Espada'' atau Espada keempat.
 
Sedang Ichigo baring dalam keadaan tidak bernyawa, Grimmjow datang membawa Orihime untuk menghidupkan semula Ichigo. Ichigo yang sedar semula terkejut melihat Orihime bersama Nell disampingnya. Kemudian datang Ulquoirra lalu yang mempersoalkan tindakan Grimmjow. Berlaku satu perkelahian antara mereka berdua yang menyebabkan Ulquoirra dikurung di dimensi lain buat sementara tetapi turut mencederakan tangan Grimmjow.
144

suntingan