Perbezaan antara semakan "Copa América"

1,038 bait ditambah ,  6 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
 
Pasukan Paraguay pertama kali menyertai kejohanan ini pada tahun [[Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1921|1921]] selepas menyertai konfederasi CONMEBOL. Pada tahun itu, pasukan Argentina menang kejohanan buat pertama kali. Tahun-tahun berikutnya menyaksikan pasukan Uruguay mendominasi kejohanan ini. Namun begitu, kejohanan pada tahun [[Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1929|1929]] menyaksikan pasukan Argentina sekali lagi memenangi kejohanan ini dengan menewaskan pasukan Uruguay. Pasukan [[Pasukan bola sepak kebangsaan Bolivia|Bolivia]] dan [[Pasukan bola sepak kebangsaan Peru|Peru]] masing-masing menyertai kejohanan ini buat pertama kali pada tahun [[Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1926|1926]] dan [[Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1927|1927]].
 
 
== Format dan peraturan ==
 
Kejohanan ini pada awalnya dinamakan sebagai '''Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan''' dan nama ini digunakan semenjak tahun 1975. Di antara tahun 1975 dan 1983, kejohanan ini tidak diadakan di sebuah negara sebagai tuan rumah sebaliknya kesemua perlawanan diadakan di tempat sendiri dan tempat lawan. Format kejohanan pada masa kini menyaksikan 12 buah pasukan kebangsaan bertanding dalam masa sebulan bertempat di negara yang dipilih oleh [[CONMEBOL]]. Ia mempunyai dua peringkat; peringkat kumpulan dan peringkat kalah mati. Dalam peringkat kumpulan, 12 buah pasukan akan dipecahkan kepada 3 kumpulan yang setiap satunya mengandungi 4 buah pasukan. 2 buah pasukan dan pasukan tuan rumah akan dibahagikan di dalam balang mengikut formula berdasarkan [[Kedudukan Dunia FIFA]]. Manakala pasukan-pasukan yang lain akan diletakkan di dalam balang yang sudah mengandungi pasukan tadi juga mengikut formula yang sama. Pasukan-pasukan di dalam balang ini akan dipilih secara rawak untuk mengisi slot 3 kumpulan.
 
 
977

suntingan