Raja berperlembagaan: Perbezaan antara semakan

Sumber: Kamus Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi
(Sumber: Kamus Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi)
{{Monarchism |expanded=Varieties}}
{{Forms of government}}
'''Raja berperlembagaan''' ([[Tulisan Jawi]]: راج ڤرلمباݢا<sup>ء</sup>ن)adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah [[sistem berperlembagaan]] yang mengiktiraf [[Raja]] sebagai ketua negara.<ref>{{cite web|url=http://www.mkn.gov.my/v1/index.php/bm/fokus-mkn/fokus_raja-berperlembagaan|title=Raja berperlembagaan |publisher=Majlis Keselamatan Negara (MKN)}}</ref>. Raja berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep ''[[trias politica]]'', atau politik tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai [[eksekutif]] dan kuasanya adalah terhad oleh [[perlembagaan]] negara. Apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ia dipanggil [[monarki mutlak]] atau ''absolute monarchy''.
 
Pada hari ini, raja berperlembagaan lazimnya digabungkan dengan perwakilan [[demokrasi]]. Oleh itu, kerajaan masih dibawah kuasa rakyat tetapi raja mempunyai peranan tradisional di dalam sesebuah negara. Pada hakikatnya [[Perdana Menteri]], iaitu pemimpin yang dipilih oleh rakyat, yang memerintah negara dan bukannya Raja. Namun demikian, terdapat juga Raja yang bergabung dengan kerajaan yang tidak demokratik. Misalnya, sewaktu [[Perang Dunia II]], raja Jepun bergabung dengan [[kerajaan tentera]] yang dipimpin seorang [[diktator]].
Sesetengah Raja berperlembagaan adalah berlandaskan Sistem Perwarisan atau mewarisi takhta; manakala yang lain, adalah melalui sistem demokratik seperti di [[Malaysia]] di mana [[Yang di-Pertuan Agong]] adalah dipilih oleh [[Majlis Raja-Raja]] setiap lima tahun.
 
== Sejarah سجاره ==
Sistem raja berpelembagaan telah dimulakan di England selepas pemberontakan [[Glorious Revolution]] pada [[1688]]. Menurut Richard Buskin, pengarang buku ''British Royalty'', sebab utama pemberontakan [[Oliver Cromwell]] yang disokong oleh 15,000 askar ialah semaraknya kemarahan rakyat akibat keengganan Raja [[Charles I]] mengadakan persidangan [[Parlimen]] kerana bimbang kuasanya akan terjejas. Selepas peristiwa itu, Raja [[Charles I]] telah dihukum pancung dan Cromwell telah menjadi [[presiden]] di mana England telah menjadi [[republik]] buat seketika. Kerajaan Cromwell tidak bertahan lama dan selepas lebih kurang 9 tahun berkuasa beliau meninggal dunia akibat [[malaria]]. Selepas itu, anak sulungnya Richard telah mengambil alih kuasa.<ref>{{cite web|url=http://www.british-civil-wars.co.uk/biog/oliver-cromwell.htm|title=Oliver Cromwell, 1599-1658|publisher=David Plant}}</ref>. tetapi hanya memerintah selama setahun. Maka, tanpa pilihan lain, Raja [[Charles II]] diangkat ke takhta. Namun demikian, raja pada kali ini naik takhta atas persetujuan parlimen dan pada detik itu bermulalah sistem raja berperlembagaan di England sampailah ke hari ini.<ref>Adam Kadir. ''"Menghayati maksud raja berperlembagaan"'', Utusan Malaysia. 24 Mac 2008</ref>.
 
== Senarai Negara-Negara Raja Berperlembagaan سناراي نݢارا٢ راج برڤرلمباݢا<sup>ء</sup>ن ==
 
* [[Antigua dan Barbuda]] ''(Ratu [[Elizabeth II]])''
[[Perancis]] pernah diperintah oleh raja berpelembagaan secara singkat antara 1789-1792 dan antara 1815-1848.
 
== Lihat Juga ليهت جوݢ ==
* [[Demokrasi]]
* [[Monarki mutlak]]
* [[Pemerintahan beraja]]
 
== Nota dan rujukan نوتا دان روجوعن ==
{{reflist|2}}
 
7,313

suntingan