Sandakan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
MrNeutral (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tofeiku (bincang | sumb.)
Sumber: Kamus Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi
Baris 50:
Dari segi pelancongan, Sandakan terkenal sebagai pintu masuk ke destinasi-destinasi ekopelancongan di Sabah; contohnya [[Sungai Kinabatangan]], [[Gua Gomantong]], [[Taman Pemuliharaan Orang Utan Sepilok]] dan [[Taman Pulau Penyu]]. [[Lapangan Terbang Sandakan]] merupakan lapangan terbang yang menjadi pintu masuk utama para pelancong dari seluruh Malaysia dan luar negara ke bandar ini.
 
==Sejarah سجاره==
Ketika awal [[1870-an]], pantai timur Sabah berada di bawah pemerintahan [[Sultan]] [[Sulu]] yang turut memerintah kawasan yang kini merupakan [[Filipina]] selatan. Pendudukan Eropah yang terawal di kawasan ini ditubuhkan oleh [[William Clarke Cowie]], seorang penyeludup senjata api berbangsa [[Scotland]] dari [[Glasgow]] yang mendapat izin daripada Sultan untuk mendirikan tapak perdagangan yang kecil. Cowie menamakan penempatannya sebagai "Sandakan", iaitu istilah bahasa Sulu bagi "tanah yang digadai", namun kemudiannya tempat ini dikenali sebagai "Kampong German" kerana kehadiran sebilangan besar orang [[Jerman]] yang bertapak di sini. Penempatan ini merupakan sebahagian daripada pajakan yang diperoleh dari [[Konsulat jeneral|konsul]] [[Austria-Hungary]] [[Baron von Overbeck]] daripada Sultan Sulu pada tahun 1878. Setelah pajakan itu dibeli oleh rakan von Overbeck yang berbangsa British, [[Alfred Dent]], Kampong German teranap pada 15 Jun [[1879]]. [[Residen British]] yang baru, [[William B. Pryer]], memutuskan untuk tidak membina semula kampung itu, sebaliknya berpindah ke Buli Sim Sim pada 21 Jun 1879. Beliau menamakan penempatan baru beliau itu "Elopura", yang bermaksud ''Bandar yang Indah''. Beberapa tahun kemudian, namanya ditukar kembali ke "Sandakan". Nama Elopura masih memaksudkan salah sebuah kawasan Dewan Undangan Negeri di Sandakan. Populasi penduduk Sandakan terdiri daripada masyarakat Bajau, Melayu, Kadazan Dusun, Orang Sungai, Bugis, Suluk dan lain-lain.
 
Baris 61:
Sejak kebelakangan ini, semakin banyak perniagaan telah memindahkan operasinya dari pusat bandar gara-gara kehadiran ramai [[pendatang tanpa izin]] di pusat bandar. Pada bulan Januari [[2003]], [[Sandakan Harbour Square]], sebuah projek [[pembaharuan bandar]], dilancarkan untuk cuba menghidupkan kembali pusat bandar sebagai pusat komersial utama di Sandakan. Projek ini akan menampilkan sebuah pasar besar dan pasar ikan yang baru (telah siap pada tahun [[2006]]), sebuah pusat membeli-belah (Sandakan Harbour Mall), hotel, dan lot-lot kedai 3 dan 4 tingkat. Projek ini sedang dalam empat fasa dan dijangka siap pada awal tahun [[2012]].
 
==Bom tentera Berikat بوم تنترا برايکت==
Pada [[26 November]] [[2007]], beberapa butir bom bersaiz besar ditemui di tapak perumahan rakyat berhampiran Taman Perumahan Airport Baru dan Kuaters 22 RAMD [[Kem Sri Kinabatangan]]. Semasa [[Perang Dunia II]], kem tentera British di Sandakan di Jalan Army Camp Batu 7 menjadi sasaran utama serangan. Ada di antara bom-bom yang digugurkan itu tidak meletup dan terbenam di dalam tanah.
 
Pemangku Ketua Polis Sandakan DSP Ooi Guan Siew mengarahkan kerja-kerja memusnahkan bom itu dijalankan pada 27 November 2007.<ref>http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=298610</ref>
 
==Pelancongan dan warisan ڤلنچوڠن دان واريثن==
[[Image:Puu Jih Shih Temple, Sandakan.jpg|thumb|right|Tokong Puuh Jih Shih]]
[[Image:Water Village, Sandakan 2.jpg|thumb|right|Kampung Buli Sim Sim]]
Baris 103:
</gallery><br />
 
== Pautan luar ڤاءوتن لوار ==
* [http://www.sabah.gov.my/mps/ Majlis Perbandaran Sandakan]
* [http://www.sabah.org.my/bm/daerah/daerah/sdk/sandakan/sejarah/sejarah.htm Sejarah mengenai Sandakan]
* [http://www.dromoz.com/directory/maps/?epid=18631 Peta mengenai Sandakan]
 
== Rujukan روجوعن==
{{reflist}}
 
== Lihat juga ليهت جوݢ ==