Wikipedia:Anggaplah niat baik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Amir Hamzah 2008 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 8:
Perangai pendatang baru mungkin dianggap sesuai oleh dirinya sendiri dan biasanya memperlihat ketidaktahuan mengenai budaya Wikipedia. Ia tidak jarang untuk seorang pendatang baru untuk mempercayai bahawa suatu polisi yang tidak dikenalinya seharusnya diganti dengan sesuatu yang serupa dengan pengalamannya di tempat lain. Serupa juga apabila pendatang baru membawa pengalaman atau kebolehan bersama mereka dan mereka menanggap hormat yang sepatutnya diberi. Perangai yang berpunca daripada perspektif sebegini tidak semestinya berunsur jahat.
 
''Membetulkan'' kesalahan seseorang (walaupun anda rasa ia sengaja) lebih baik daripada menyalahkannya sebagai menipu kerana orang itu lebih cenderung untuk menerima iamenerimanya dalam cara yang baik. Membetulkan sepatah ayat yang baru diletakkan yang anda ketahui kesalahannya juga lebih baik daripada cuma memadamkannya.
 
MenanggapMenganggap niat baik, seperti namanya, adalah mengenai niat, bukan kelakukan. Sifat melakukan kesilapan adalah sifat manusia kebanyakan, termasuk orang yang berniat baik, dan anda seharusnya memperbetulkanmemperbetul mereka apabila mereka melakukannya. '''Jangan''' berlaku seperti kesalahan mereka adalah sengaja. Betulkan, tetapi jangan menyindir. Tentunya ada penyumbang di Wikipedia ini yang tidak menyetujui anda. Walaupun mereka salah, ia tidak bermaknya mereka sedang cuba musnahkan projek. Adanya sesetengah orang yang susah berkerja dengan anda, dan itu juga tidak bermaksud mereka sedang cuba memusnahkan projek ini juga. Jika mereka menaikkan kemarahan anda sekalipun, ia tidak pernah perlu untuk mengatakan bahawa kelakuan mereka berniat jahat kerana semua tindakan balas (contoh: mengembalikan laman, menyekat) boleh dilakukan berdasarkan perangai berbanding tujuan.
 
Apabila [[Wikipedia:Perang sunting|perang-perang sunting]] menjadi panas, ia mudah untuk lupa mengenai anggapan niat baik.