Penyerahan kalah Jepun: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
[[Fail:Shigemitsu-signs-surrender.jpg|thumb|300px|Disaksikan Jeneral [[Richard K. Sutherland]], [[Menteri Luar Negeri (Jepun)|Menteri Luar Jepun]] [[Mamoru Shigemitsu]] menandatangani [[Surat Cara Penyerahan Kalah Jepun]] di atas kapal [[USS Missouri (BB-63)|USS ''Missouri'']], 2 September 1945.]]
 
'''Jepun menyerah''' pada bulan Ogos 1945 menandakan berakhirnya [[Perang Dunia II]]. [[Tentera Laut Imperial Jepun]] secara efektif sudah tidak wujud sejak Ogos 1945, sementara [[Operasi Downfall|Serangan Sekutu terhadap Jepun]] hanya menunggu masa. Walaupun keinginan untuk melawan hingga titik penghabisan dinyatakan secara terbuka, pemimpin Jepun dari [[Majlis Tertinggi Perang (Jepun)|Majlis Penasihat Tertinggi Perang]] secara pribadiperibadi memohon [[Kesatuan Soviet]] untuk berperanan sebagai perantaraan dalam perjanjian damai dengan syarat-syarat yang menguntungkan Jepun. Sementara itu, Kesatuan Soviet juga bersiap-siap untuk menyerang Jepun dalam usaha memenuhi janji kepada [[Amerika Syarikat]] dan Ingeris dalam [[Persidangan Yalta]].
 
Pada 6 Ogos dan 9 Ogos, Amerika Syarikat [[Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki|menjatuhkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki]]. Pada 9 Ogos, Kesatuan Soviet melancarkan serbuan mendadak ke [[Serangan Soviet ke Manchuria (1945)|koloni Jepun di Manchuria]] ([[Manchukuo]]) yang melanggar [[Pakatan Berkecuali Soviet–Jepun]]. Maharaja [[Hirohito]] campur tangan setelah berlaku dua peristiwa mengejutkan tersebut, dan memerintahkan Dewan Penasihat Tentera untuk menerima syarat-syarat yang ditawarkan [[Pihak Sekutu di Perang Dunia II|Sekutu]] dalam [[Deklarasi Potsdam]]. Setelah berlangsung perundingan di belakang tabir selama beberapa hari, dan [[Peristiwa Kyūjō|cubaan rampasan kuasa yang gagal]], Maharaja Hirohito menyampaikan titah radio di hadapan rakyat pada 15 Ogos 1945. Dalam titah radio yang disebut [[Gyokuon-hōsō]] (''Siaran Suara Maharaja''), Hirohito membacakan Perintah Empayar tentang Penyerahan kalah, sekaligus mengumumkan kepada rakyat bahwa Jepun telah menyerah.