Staf Am Jerman: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg: Suntingan mudah alih
Baris 7:
Sehingga penghujung [[Empayar Jerman]], adat sosial dan politik sering meletakkan golongan bangsawan atau kerabat diraja memerintah ketumbukan atau kor tetapi tanggungjawab sebenar perancangan dan pengendalian operasi diletakkan pada formasi pegawai-pegawai staf ini. Untuk ketumbukan tentera Eropah yang lain yang kekurangan pasukan staf terlatih profesional, adat yang sama sering menimbulkan bencana. Hinggakan Tentera Darat [[Empayar Perancis Kedua]], yang mana pegawai-pegawai kanannya telah mencapai pangkat yang tinggi akibat daripada keberanian dan kejayaan di medan perang, telah dimusnahkan oleh tentera Prusia dan tentera Jerman dalam kempen [[Perang Perancis-Prusia]] yang menyerlahkan keburukkan pentadbiran dan perancangan, serta kekurangan pendidikan profesional mereka.
 
Ketua Staf sesebuah formasi medan Prusia mempunyai hak untuk tidak bersetuju, secara bertulis, dengan rancangan atau perintah komander formasi, dan merayu kepada komander formasi seterusnya yang lebih tinggi (yang akhirnya mungkin Raja, atau Maharaja , yang akan dibimbing oleh '''Ketua Staf Am Besar'''). Ini menjadi penghalang pada ketidakcekapan dan juga untuk pegawai yang membantah tidak mahu membabitkan dirinya dengan pelan yang gagal. Hanya komander yang paling degil tidak akan mengalah pada ancaman ini.
 
Untuk sebab-sebab ini, kemenangan tentera Prusia dan Jerman akan sering dikreditkan secara profesional kepada Ketua Turus, bukannya untuk komander sesebuah ketumbukan tentera. Selalunya komander sesebuah ketumbukan tentera merupakan seorang anggota Staf Am, tetapi ia kini disedari bukan sahaja kepimpinan pemerintah yang penting, tetapi kerja staf yang efektif merupakan kunci utama kepada kejayaan dalam kedua-dua perancangan pra-perang dan dalam operasi masa perang.