San Francisco: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 1 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q62
Yobbaharim (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 53:
Pada 1776, orang-orang Sepanyol [[penjajahan Sepanyol ke atas Amerika|menduduki]] hujung semenanjung San Francisco, dan mendirikan sebuah [[Presidio San Francisco|kubu]] dan [[Misi San Francisco de Asís|misi]] di [[Golden Gate]]. [[Kerubut Emas California]] pada 1848 mendorong bandar ini berkembang dengan pesat. Selepas dimusnahkan dalam [[Gempa bumi San Francisco 1906]], San Francisco telah dibina semula dengan cepat.
 
[[Fail:San Francisco California at night.jpeg|left|thumb|300px|Pemandangan bandaraya San Francisco pada waktu malam.]]
Semasa tahun 1960-an, kawasan Haight-Ashbury di San Francisco menjadi terkenal apabila menjadi pusat budaya [[hippie]] apabila ribuan golongan muda dan seniman bermigrasi ke lokasi tersebut. Walaupun Haight-Ashbury telah mengalami gentrifikasi dan hilang identiti budaya hippie dalam dekad-dekad berikutnya, San Francisco telah menjadi sinonim dengan budaya dan nostalgia hippie. Seterusnya, pada tahun 70-an, golongan homoseksual mula berpindah ke kawasan Castro, dan memulakan hak-hak aktivis homoseksual, menyebabkan budaya homoseksual berkembang di San Francisco yang berterusan hingga sekarang. San Francisco mempunyai populasi homoseksual dan lesbian paling besar di seluruh Amerika Syarikat dan di seluruh dunia. Oleh itu, San Francisco terkenal dengan budaya alternatif dan hak-hak minoriti berbanding dengan tempat lain di Amerika Syarikat.