Kewarganegaraan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 11:
{{TOCleft}}
 
==Kewarganegaraan subnasional==
Kewarganegaraan biasanya berhubungan dengan keahlian negara, tetapi istilah itu juga boleh dipergunakan untuk tahap subnasional. Entiti-entiti subnasional (umpamanya, negeri ataupun provinsi) boleh mengenakan keperluan kediaman dan sebagainya sebelum warganegara itu diizin untuk menyertai bidang politik, ataupun menerima manfaat yang diberikan oleh kerajaan entiti itu. Bagaimanapun, dalam kes tersebut, mereka yang berlayak kekadangnya juga diperlihatkan sebagai "warganegara" negeri, provinsi, atau wilayah yang berkenaan.
 
Kewarganegaraan, sebagaimana yang diterangkan di atas, merupakan hak-hak politik seseorang dalam sebuah masyarakat. Oleh sebab itu, anda boleh mempunyai kewarganegaraan daripada sebuah negara dan kerakyatan daripada negara yang lain. Contohnya: Seorang Amerika-Cuba boleh dianggapi sebagai rakyat Cuba kerana dia dilahirkan di sana, tetapi dia juga boleh menjadi warganegara Amerika Syarikat melalui [[pewarganegaraan]]. Sebahagian negara-negara melarangi kewarganegaraan duaan antara satu sama lain, umpamanya Cuba dan Amerika Syarikat melarangi kewarganegaraan duaan antara kedua-dua negara itu kerana ketegangan politik mereka.
 
==Kewarganegaraan supranasional==
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, beberapa pertubuhan antara kerajaan telah memperluaskan konsep dan istilah kewarganegaraan ke peringkat antarabangsa, di mana ia dipergunakan untuk keseluruh warganegara ahli-ahli sebuah kesatuan negara. Dua contoh yang berkaitan dengan kewarganegaraan [[Kesatuan Eropah]] dan kewarganegaraan [[komanwel|Negara-negara Komanwel British]] diberikan di bawah. Sehingga 2005, kewarganegaraan pada peringkat ini merupakan konsep sekunder, dengan taraf yang lebih lemah berbanding kewarganegaraan negara.
 
Versi terakhir untuk kewarganegaraan supranasional akan merupakan kewarganegaraan sedunia. Bagaimanapun, [[Bangsa-Bangsa Bersatu]] tidak mewakili konsep ini secara langsung; ia lebih merupai forum antarabangsa berbanding struktur untuk menyatakan hak-hak dan tanggungjawab individu.
 
===Kewarganegaraan Kesatuan Eropah (EU)===
[[Perjanjian Maastricht]] memperkenalkan konsep [[kewarganegaraan Kesatuan Eropah]]. Kewarganegaraan ini berasal daripada kewarganegaraan ahli-ahli negaranya — seseorang yang memegang kerakyatan salah satu daripada ahli-ahli negara Kesatuan Eropah akan menjadi "warganegara Kesatuan" sebagai tambahan dan secara automatik.
 
Kewarganegaraan EU memberikan hak-hak dan hak istimewa yang tertentu di dalam EU; di banyak kawasan di dalam EU, warganegara EU mempunyai hak-hak yang sama ataupun serupa dengan warganegara asli ahli negara itu. Hak-hak yang diberikan kepada warganegara EU ([http://europa.eu.int/youreurope/nav/en/citizens/factsheets/eu/eucitizenship/eucitizenship/en.html]) termasuk:
 
* kebebasan pergerakan dan hak kediaman di dalam kawasan Ahli-ahli Negara;
* hak mengundi dan menjadi calon dalam pilihan raya [[Parlimen Eropah]] serta dalam pilihan perbandaran di dalam Ahli Negara kediamannya;
* [[hak perlindungan diplomatik dan konsular]];
* hak petisyen kepada Parliamen Eropah; dan
* hak untuk merujuk kepada [[Ombudsman]].
 
Hak kediaman membawa konotasi bukan sahaja untuk hak mendiami, tetapi juga untuk hak memohon pekerjaaan dalam mana-mana satu jawatan (termasuknya [[perkhidmatan awam]] negara, kecuali jawatan-jawatan yang sensitif seperti pertahanan).
 
Ahli-ahli negara EU juga menggunakan reka bentuk [[pasport]] yang sama, iaitu warna yang merah tua, dengan nama ahli negara, mohor negara, dan tajuk "Kesatuan Eropah" (atau terjemahannya).
 
Kedudukan kewarganegaraan Kesatuan semakin meningkat dan [[Mahkamah Keadilan Eropah]] telah menyatakan bahawa kewarganegaraan Kesatuan akan menjadi "taraf yang asas untuk rakyat Ahli-Ahli Negara" (sila lihat Kes C-184/99 Rudy Grzelczyk berlawan Centre Public d'Aide Sociale d'Ottignes-Louvain-la-Neuve, [2001] ECR I-6193, perenggan 31). [[Suruhanjaya Eropah]] juga telah menegaskan bahawa kewarganegaraan Kesatuan harus merupakan taraf yang asas untuk rakyat EU, akan tetapi ini tidak diterima oleh banyak ahli negara Kesatuan Eropah.
 
===Kewarganegaraan Komanwel===
Baris 53 ⟶ 27:
 
Kewarganegaraan telah menggantikan kesetiaan. Ini merupakan suatu penggantian yang besar, dan bukannya perubahan simbolik. Bagaimanapun, pada waktu yang sama, Kanada terus menegaskan kesetiaan orang Kanada yang berterusan kepada takhta kerajaan yang sama. Hanya keperluan praktik memerlukan bahawa taraf kewarganegaraan harus diasaskan daripada sesuatu yang bukannya kesetiaan supaya orang-orang daripada negara-negara Komanwel yang lain tidak akan memilih untuk menetap di Kanada.
 
==Kewarganegaraan kehormat==
Sebahagian negara-negara memberikan "kewarganegaraan kehormat" kepada mereka yang dianggapi
mengkagumkan ataupun wajar disanjungi.
 
Melalui [[Akta Kongres Amerika Syarikat]] dan persetujuan Presidennya, kewarganegaraan kehormat Amerika Syarikat telah dianugerahkan kepada enam orang. Hanya dua tokoh yang pernah menerima kewarganegaraan kehormat di Kanada, iaitu [[Raoul Wallenberg]] selepas kematiannya pada tahun 1985, dan [[Nelson Mandela]] pada tahun 2001.
 
[[Seniwati]] Amerika Syarikat [[Angelina Jolie]] menerima kewarganegaraan kehormat [[Kemboja]] pada tahun [[2005]] kerana usaha kemanusiannya.
 
==Kewarganegaraan sejarah==
Dari segi sejarah, banyak negara pernah mengehadkan kewarganegaraannya kepada hanya sebahagian rakyatnya, dan oleh sebab itu, tercipta suatu kelas warganegara dengan hak politik yang lebih unggul berbanding kelas yang lain. Contoh klasik bagi kewarganegaraan terhad ialah [[Athens]] di mana [[abdi]], [[wanita]], dan [[metik]] tidak dibenarkan hak-hak politik. [[Republik Rom]] merupakan lagi satu contoh yang lain, dan baru-baru ini, [[szlachta]] dari [[Komanwel Poland-Lithuania]] mempertunjukkan sebahagian daripada ciri-ciri ini.
 
==Bibliografi==
*Anderson, Benedict. Komunit-komuniti Hayalan. Verso, 1991.
*Balibar, Ettienne- Race, Nation, Classe: Les identités ambiguës (dengan Immanuel Wallerstein)
*Barry, Brian. Kebudayaan dan Kesamaan: Kritik Egalitarian Mengenai Faham Pelbagai Budaya. Harvard, 2001.
*Kymlicka, Will. Kewarganegaraan Pelbagai Budaya. Oxford, 1995.
*Okin, Susan. Adakah Faham Pelbagai Budaya Buruk Untuk Wanita? Princeton, 1999.
*Taylor, Charles. Faham Pelbagai Budaya: Memeriksa Politik Pengiktirafan. Princeton, 1994.
*Armstrong, John A. Armstrong: Negara-negara Sebelum Nationalisme (Chapel Hill, Percetakan Universiti North Carolina, 1982)
*Smith, Rogers, Cerita-cerita mengenai Orang, Politik dan Kesusilaan Keahlian Politik, Percetakan Universiti Cambridge, 2003.
 
==Lihat juga==
*[[Pendidikan kewarganegaraan]]
*[[Jus sanguinis]]
*[[Jus soli]]
*[[Kewarganegaraan berbilang]]
*[[Undang-undang kerakyatan]]
*[[Pewarganegaraan]]
*[[Pemastautin tetap]]
*[[Warganegara kelas kedua]]
*[[Orang tidak bernegara]]
*[[Warganegara dunia]]
 
===Kewarganegaraan di negara-negara tertentu===
*[[Undang-undang kerakyatan Barbados]]
*[[Kewarganegaraan British]]
*[[Undang-undang kerakyatan Kanada]]
*[[Undang-undang kerakyatan India]]
*[[Orang Jepun lahir luar negeri]]
*[[Undang-undang kerakyatan Perancis]]
*[[Kewarganegaraan Malaysia]]
*[[Undang-undang kerakyataan Afrika Selatan]]
**[[Akta Kerakyatan Tanah Air Orang Kulit Hitam]]
*[[Kewarganegaraan Switzerland]]
*[[Warganegara pewarganegaraan TRNC]] di dalam [[Republik Turki Cyprus Utara]]
*[[Kewarganegaraan Amerika Syarikat]]
 
===Kewarganegaraan sejarah===
*[[Warganegara Rom]]
*[[Undang-undang Kewarganegaraan Reich]]
 
==Pautan luar==
*[http://europa.eu.int/scadplus/leg/en/cig/g4000c.htm#c1 Glosari EU: Kewarganegaraan Kesatuan Eropah]
*[http://www.ericdigests.org/2000-1/democracy.html Konsep Kewarganegaraan dalam Pendidikan untuk Demokrasi]
*[http://www.dreptonline.ro/resurse/cetatenie.php Undang-undang di Romania: Kewarganegaraan Romania]
 
[[Kategori: Kewarganegaraan]]
 
[[bg:Гражданство]]
[[cy:Dinasyddiaeth]]
[[de:Staatsbürgerschaft]]
[[en:Citizenship]]
[[es:Ciudadano]]
[[fi:Kansalaisuus]]
[[fr:Citoyen]]
[[he:אזרחות]]
[[id:Kewarganegaraan]]
[[ja:市民]]
[[nl:Burger]]
[[pl:Obywatelstwo]]
[[pt:Cidadania]]
[[simple:Citizenship]]
[[sv:Medborgarskap]]
[[simple:citizen]]
[[tr:Vatandaşlık]]