Pertempuran Marathon: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 13:
Euboea enggan menyerah dan pihak Parsi bertindak menjarah kawasan perkampungan sekeliling dan kemudiannya mengepung bandar tersebut. Bandar tersebut bertahan selama seminggu sebelum mereka dikhianati. Sebagai balasan terhadap Sardis, pihak Parsi membakar kesemua kuil bandar tersebut. Armada tersebut kemudiannya belayar ke barat dari Eritrea dan mendarat di tanah besar Greek di Teluk Marathon, sekitar 26 batu timur laut Athen. Pihak Parsi memilih kawasan ini kerana Hippias, yang telah diguling sebagai ditaktor Athens pada tahun 510 dan lari ke Parsi telah memberitahu pihak Parsi bahawa lapangan di situ membenarkan mereka menggunakan pasukan berkuda mereka, dalam mana mereka jauh lebih baik berbanding pihak Greek. Hippias ikut bersama pasukan Parsi kerana menyangkakan mereka akan menang dan dia merancang untuk bekerjasama dengan penyokong Parsi di Athen dan dilantik sebagai gabenor Parsi bagi keseluruhan Greece.
 
Pihak Parsi berharap bahawa dengan mendarat di Marathon mereka mungkin dapat menarik tentera Athen keluar dari tembok perlindungan yang kukuh mereka dan memusnahkan tentera Athen. Atau sekurang-kurangnya mengikat tentera Athen yang lebih kecil di situ sementara menghantar sebahagian daripada tentera mereka ke selatan menuju ke Athen melalui kapal. Pihak Athens menghantar rayuan pada Sparta, kemungkinannya di bawa oleh pelari terkenal Pheidippides; yang pernah mendakwa bahawa dia berlari sejauh 140 batu dalam tempoh dua hari. Pemimpin Spartan bersetuju untuk membantu, tetapi mereka sedang meraikan perayaan keagamaan yang melewatkan pergerakan tentera mereka ke utara sehingga bulan penuh berikutnya, pada malam 11-12 Ogos, sedangkan ketika itu hanya 5 Ogos.
 
Berita mengenai kejatuhan Eretria menimbulkan perdebatan hangat di Athen. Sesetengah ingin bersedia bagi menghadapi pengepungan, tetapi yang lain, termasuk Miltiades, menggesa agar tentera dihantar keluar untuk berjuang. Miltiades disanjung dari Ionia, dan pada tahun 512 dia telah bertempur dengan Darius menentang Scythians di daerah Danube. Apabila Scythians mengalahkan pihak Parsi dalam pertempuran dan Darius mengundurkan tenteranya kearah jambatan penting yang dikawal oleh Miltiades dan pihak Greek yang lain, Miltiades dilapurkan telah mencadangkan agar pihak Greek memusnahkan jambatan dan menghalang pihak Parsi, dengan itu membenarkan pihak Scythians untuk memusnahkan pihak Parsi.
 
Dia telah dibantah oleh jeneral Ionian yang lain. Darius mendapat tahu mengenai pengkhianatan Miltiades dan bersumpah akan membalas dendam, ketika mana Miltiades lari ke Athens dan menjadi aktif dalam politik di sana.
 
Dilaporkan bahawa Miltiades memberitahu bahawa dengan membenarkan pengepungan pihak Parsi, ia akan memutuskan Athens dari bantuan Sparta (Tembok Panjang masih belum dibina pada masa itu) dan turut meningkatkan peluang pengkhianatan. Miltiades berjaya meyakinkan pihak Athen. Dia menegaskan bahawa satu-satunya harapan bandar tersebut adaah ketika pihak Parsi mendarat di Marathon dengan pasukan berkuda mereka adalah dengan memusnahkan mereka di pantai pendaratan. Di bandar, para hamba dibebaskan; mereka dan orang bebas dan warga bandar merentasi gunung untuk pergi ke Marathon. Pasukan Athen berjumlah sekitar 10,000 hoplite (tentera infantri). Bandar negara kecil Plataea menghantar bantuan yang tidak disangka-sangka dengan seramai kemungkinannya 1,000 hoplite. Callimachus memerintah sebagai archon perang (polemarchos).
 
Setiap 10 puak di Athen memiliki jeneral mereka sendiri, dan Miltiades hanya salah seorang dari mereka. Pihak Athen menempatkan diri mereka di tanah tinggi barat padang rumput dalam kedudukan bagi menghalang kemaraan Parsi ke arah Athen, dan mereka mula menebang pokok bagi menghalang tentera berkuda Parsi. Tidak hanya pihak Parsi jauh lebih besar berbanding pihak Greek, tetapi mereka turut memiliki tentera berkuda dan pasukan pemanah, di mana pihak Greeks tiada. Untuk beberapa hari berikutnya(7-11 Ogos) kedua tentera sekadar diam ditempat mereka, selang dua batu jauh.
 
Kedua pihak menunggu: pihak Athen sedang menunggu bagi bantuan dari Spartan untuk tiba, dan pihak Parsi sedang menunggu bagi pihak penyokong yang berhubung dengan Hippias untuk merampas kuasa di Athen. Pihak Parsi pastinya telah tahu mengenai bantuan pihak Spartan akan tiba tidak lama lagi, dan dengan tiada berita dari penyokong pro-Parsi di Athens telah berjaya, mereka jelas telah memutuskan untuk menghantar sebahagian besar armada mereka ke Teluk Phaleron pada malam 11-12 Ogos bersama sebilangan besar pasukan darat, termasuk tentera berkuda. Mereka meninggalkan pasukan darat kemungkinannya sebasar 15,000 orang.