Otto Schniewind: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Baris 31:
Selepas dibebaskan Schniewind terus berkhidmat dalam [[Reichsmarine]]. Dari 1925-1926 beliau berkhidmat sebagai adjutan kepada Menteri Perang [[Otto Gessler]]. Pada tahun 1932 Schniewind menjadi Kepten kruiser ringan ''[[Köln]]''. Pada tahun 1934 Schniewind telah dilantik ke fungsi staf lain. Beliau telah dinaikkan pangkat ke Laksamana Muda pada tahun 1937 dan Laksamana Madya pada tahun 1940.
 
Beliau berkhidmat sebagai Ketua Staf [[Seekriegsleitung]] dari tahun 1938 hingga 1941. Selepas tenggelamnya [[Kapal Perang Bismarck|''Bismarck'']] Schniewind telah dilantik sebagai pengganti [[Gunther Lutjens]] (Panglima Armada Jerman) yang telah terkorban bersama kapalnya itu. Pada tahun 1943 Schniewind menjadi Panglima Markas Kumpulan TenteraWilayah Laut Utara (Marinegruppenkommandos Nord). Pada 1 Mac 1944, Schniewind telah dinaikkan pangkat ke [[Laksamana Jeneral|Generaladmiral]]. Pada 30 Julai 1944, Schniewind telah digugurkan daripada jawatan dan selepas itu tidak lagi diberi tugas sehingga perang berakhir.
 
Selepas Perang beliau telah ditahan dan didakwa dalam [[Perbicaraan Markas Besar]] untuk peranannya dalam serangan ke atas Norway (Operasi Weserübung) tetapi beliau dilepaskan, selepas itu beliau dibebaskan dari kurungan. Dari tahun 1949 hingga 1952 beliau berkhidmat dengan [[Pasukan Sejarah Tentera Laut]] di [[Bremerhaven]].