Sharif Babu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 4:
 
==Menjadi Seniman==
Beliau banyak beraksi dalam filem-filem terbitan Merdeka Filem Studio yang turut membabitkan seniman Allahyarham Tan Sri [[P.Ramlee]], antaranya [[Do Re Mi]], [[Nasib Do Re Mi]], [[Enam Jahanam]] dan [[Anak Bapak]]. Watak yang kerap dibawa oleh beliau ialah sebagai Ceti atau Samseng, Sharif Babu memang sinonim dengan watak-watak ini, malah kalau disebut 'ceti' maka wajah beliaulah yang menerpa difikiran. Diakhir penglibatan beliau dilayar perak, Sharif sempat berlakon bersama seniman Allahyarham Dato` [[Sudirman Haji Arshad]] filem ''Kami'' pada tahun 1982, beliau membawakan watak Pak Du, lelaki budiman yang berbeza dengan watak yang lazimnya diberikan kepada beliau. Menerusi filem ''Kami'', Sharif Babu telah dicalonkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-3, namun anugerah itu tidak dimenanginya.
 
==Sebagai Ahli Muzik==
Mungkin ramai yang tidak tahu, selain mewarnai layar perak dengan watak komedi, Sharif Babu juga merupakan seorang pemuzik, beliau merupakan seorang pemain gendang dan rebana dalam kumpulan muzik tradisional yang terkenal di Pulau Pinang, kumpulan Pak Jab Ronggeng yang juga merupakan bapa saudaranya. Selain daripada itu beliau juga pernah menyertai kumpulan muzik yang diketuai oleh pemuzik terkenal, Hamzah Dolmat. Penglibatan beliau dalam kumpulan muzik ini telah membawanya mengembara sambil membuat persembahan di luar negara, antaranya di [[London]], [[Berlin]], [[Manila]], [[Sri Lanka]], [[Indonesia]] dan [[Thailand]]. Bakat seni muzik yang mengalir dalam tubuhnya itu dikatakan diwarisi dari bapanya, Pak Babu yang terkenal di pentas bangsawan, selain pakar bermain rebana.
 
==Berkahwin dengan Mak Enon==