Sultan Ismail Muabidin Riayat Shah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
'''Sultan Ismail Muabidin Riayat Shah''' atau nama sebenar baginda Raja Ismail Hitam merupakan anakanda kepada '''Raja Thith Hitam''' ('''Raja Sheikh Al-Khairat Shah''') yang merupakan kerabat Diraja Siak Sri Inderapura melalui jalur nasab '''Tengku''' / '''Raja Hussein ibn Sultan Muhammad Abdul Jalil Jalaluddin Shah''' atau lebih dikenali sebagai '''Tengku Mahmud''' / '''Tengku Buang Asmara''' ('''Sultan Siak ke-2 (1740-1760)''', '''Almarhum Mampura''') '''ibn Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah''' atau lebih dikenali sebagai '''Yang Dipertuan Raja Kechil Siak''' ('''Sultan Siak 1 (1723-1740)''', '''Almarhum Buantan'''). Bonda baginda iaitu '''Raja Mandak binti Sultan Ahmaddin Shah''' ('''Sultan Perak ke-18''' (1786-1806, '''Marhum Bongsu''') merupakan kerabat DiRaja [[Perak]]. Baginda merupakan Raja Bendahara Perak yang berkuasa di [[Ulu Perak]] atau lebih tepat lagi, di [[Belanja Perak]].
 
Ramai sejarawan dan pengkaji Salasilah Raja-raja Perak yang terkeliru dengan nasab keturunan baginda. Ramai yang beranggapan bahawa baginda berketurunan '''"Sayyid al-Shahab"''' dari Siak Sri Indrapura, tetapi sebaliknya baginda itu berasal daripada zuriat langsung daripada Yang Dipertuan Raja Kechil Siak (m. 1746). Kekeliruan itu muncul disebabkan pengkaji-pengkaji Barat seperti R.O. Winstedt dan W.E. Maxwell terkeliru dengan ejaan nama ayahanda kepada Sultan Ismail Muabiddin Riayat Shah ketika mereka mentransliterasikan huruf-huruf Jawi kepada huruf Rumi. DalamHasil daripada kekeliruan ini menerbitkan nama "'''Raja Sayyid Hitam'''" pada nama ayahanda baginda. Jika kita berkesempatan meneliti manuskrip Jawi lama seperti '''MSS Maxwell 24 (C)Salasilah Raja-raja Perak''', '''MSS Maxwell 24 (D) Hikayat Negeri Johor''' dan '''MSS Maxwell 103 Salasilah Raja-raja Perak''', karangan Engku Imam Paduka Tuan Raja Haji Yahya bin Raja Daud Shahid (Tengku Busu) ibn Tengku Besar Muda Raja Abdul Rahman Siak mencatatkan nama ayahanda kepada Sultan Ismail iaitu '''Raja Thith Hitam'''. Ejaan huruf Jawi '''"THA-YA-THA"''' yang sepatutnya dibaca sebagai '''"THITH"''' telah bertukar kepada perkataan '''"SAYYID"''' sedangkan ejaan perkataan Sayyid yang sebenar dalam tulisan Jawi ialah huruf '''"SIN-'AIN-DAL"'''. Kekeliruan ini perlu diperbetulkan oleh para sejarawan negeri Perak Darul Ridzuan.
==Dilantik Sebagai Sultan Perak==