Aargau: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 69 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q11972
Tofeiku (bincang | sumb.)
Sumber: Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi
Baris 24:
 
 
== Geografi ݢيوݢرافي ==
Dengan 1,404 kilometer persegi luasnya serta 573,654 orang jumlah penduduknya ([[2005]]), Aargau menyempadani:
* [[Jerman]] di utara
Baris 35:
Aargau mengandungi mata-[[mata air panas]] [[Baden, Switzerland|Baden]] dan [[Schinznach-Bad|Schinznach]] yang termasyhur manakala di [[Rheinfelden]], terdapat banyaknya mata air panas yang masin. Betul-betul di bawah [[Brugg]], [[Sungai Reuss]] dan Sungai [[Limmat]] bertemu dengan Sungai Aar. Di sekitar Brugg ialah saki-baki [[kastil]] [[Habsburg]], biara [[Koenigsfelden]] yang lama dengan kaca terlukis zaman pertengahan yang indah) serta saki baki petempatan [[Rom kuno|Rom]] di ''Vindonissa'' ([[Windisch]]).
 
== Sejarah سجاره ==
Argovia ialah kawasan sempadan antara [[Alamannia]] dan [[Burgundy]], serta wilayah yang dipertikaikan antara kedua-dua [[duchy]] itu. Sejak keakhiran dinasti [[Hohenstaufen]] sehingga tahun [[1415]], ia diperintah oleh keluarga [[Habsburg]]. Banyak [[kastil]] sejarah boleh didapati di sini, umpamanya Habsburg, Lenzburg dan Wildegg. Terdapat juga sebilangan bekas biara seperti di Wettingen dan Muri yang kesemuanya diasaskan oleh keluarga Habsburg. Biara-biara ini ditutup oleh kerajaan pada tahun [[1841]] dan merupakan salah satu punca perang saudara pada tahun [[1847]] yang dipanggil "[[Perang Sonderbund]]" di [[Switzerland]]. Aargau juga dipercayai merupakan tempat rumah pusaka penulis [[Reformasi|reformis]], [[George Mangold]] ([[1822]]-[[1894]]).
 
Baris 55:
Selama berabad-abad, dua buah kampung di Aargau, iaitu Endingen dan Lengnau, merupakan tempat-tempat yang tunggal di Switzerland yang orang-orang [[Yahudi]] dibenarkan mendiami. Mereka tidak dibenarkan memiliki rumah sendiri atau tinggal di dalam rumah yang sama dengan orang [[Kristian]]. Untuk membaca dengan lebih lanjut tentang proses pembebasan Yahudi di Aargau dan Switzerland yang lambat, sila lihat pautan di bawah.
 
== Ekonomi ايکونومي ==
Tanah ladang kanton Aargau merupakan salah sebahagian daripada tanah yang paling subur di Switzerland. [[Tenusu]], [[bijian]] dan [[Buah|buah-buahan]] merupakan antara kegiatan-kegiatan ekonomi yang utama di kanton ini, dengan kanton ini juga agak maju dari segi [[perindustrian]], khususnya dalam bidang-bidang [[kejuruteraan elektrik]], alat persis, [[besi]], [[keluli]], dan [[simen]].
 
Baris 64:
[[Pelancongan]] adalah kegiatan ekonomi yang penting, dengan banyak tarikan pelancong seperti mata-mata air panas di Baden dan Schinznach Bad, kastil-kastil kuno, dan banyak [[muzium]] lama di kanton ini, serta juga pandangan daratnya. <ref name="eb"> [http://search.eb.com/eb/article-9003207 "Aargau."] ''[[Ensiklopedia Britannica]]''. 11 Januari 2007</ref>. Berjalan-jalan di bukit merupakan lagi satu tarikan pelancongan, tetapi kepentingannya agak terhad.
 
== Kawasan perbandaran کاوسن ڤرباندر ==
{{seealso|Kawasan perbandaran kanton Aargau|Kawasan perbandaran Switzerland}}
 
Adanya 231 buah kawasan perbandaran di kanton Aargau pada keseluruhannya.
 
== Daerah دا<sup>ء</sup>يره ==
{{Canton Aargau districts}}
 
== Lihat juga ليهت جوݢ ==
* [[Aargauer Zeitung]]
 
== Rujukan روجوعن ==
<references />
 
== Sumber dan pautan luar سومبر دان ڤا<sup>ء</sup>وتن لوار ==
{{Kategori Commons|Canton of Aargau|Aargau}}
{{Wikisource1911Enc|Aargau}}