Ketua Turus Bersama: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 4:
'''Ketua Turus Bersama''' atau '''Joint Chiefs of Staff''' ('''JCS''') ialah sebuah badan pemimpin kanan tentera di [[Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat]] yang menasihati [[Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat|Setiausaha Pertahanan]], [[Majlis Keselamatan Tanah Air Amerika Syarikat|Majlis Keselamatan Tanah Air]], [[Majlis Keselamatan Negara Amerika Syarikat|Majlis Keselamatan Negara]] dan [[Presiden Amerika Syarikat]] dalam hal ehwal ketenteraan. Komposisi Ketua Turus Bersama ditentukan oleh kuasa statut dan mengandungi ''[[Pengerusi Ketua-Ketua Turus Bersama|Pengerusi Ketua Turus Bersama]]'' (''CJCS''), ''[[Timbalan Pengerusi Ketua Turus Bersama]]'' (''VCJCS''), dan para Panglima Perkhidmatan Tentera dari [[Ketua Turus Tentera Darat Amerika Syarikat|Tentera Darat]], [[Ketua Operasi Tentera Laut|Tentera Laut]], [[Ketua Turus Tentera Udara Amerika Syarikat|Tentera Udara]], [[Komandan Kor Marin|Kor Marin]], dan [[Ketua Biro Pengawal Kebangsaan]], kesemuanya dilantik oleh Presiden selepas diluluskan [[Senat Amerika Syarikat|Senat]]. Setiap individu Panglima Perkhidmatan Tentera, selain daripada tugas-tugas wajip Ketua Turus Bersama, bekerja secara langsung untuk Setiausaha Jabatan Tentera yang berkenaan, iaitu [[Setiausaha Tentera Darat]], [[Setiausaha Tentera Laut]], dan [[Setiausaha Tentera Udara]].
 
Selepas [[Akta Goldwater-Nichols]] diluluskan pada tahun 1986, Ketua Turus Bersama tidak mempunyai kuasa pemerintahan beroperasi, tidak secara individu ataupun secara kolektif, kerana rantaian pemerintah bermula dari Presiden ke Setiausaha Pertahanan, dan dari Setiausaha Pertahanan ke [[Markas PemerintahanMedan Bersepadu|Para Panglima Markas Medan]]. Goldwater-Nichols juga mewujudkan jawatan Timbalan Pengerusi, dan kini Pengerusi dinamakan sebagai ''penasihat utama ketenteraan'' kepada Setiausaha Pertahanan, Majlis Keselamatan Tanah Air, Majlis Keselamatan Negara dan kepada Presiden.
 
'''Staf Bersama''' atau '''Joint Staff''' ('''JS''') ialah sebuah markas staf di [[Pentagon (bangunan)|Pentagon]], mengandungi anggota-anggota dari setiap empat cabang perkhidmatan bersenjata Jabatan Pertahanan, yang membantu Pengerusi dan Timbalan Pengerusi dalam melaksanakan tanggungjawab mereka dan diuruskan oleh ''[[Pengarah Staf Bersama]]'' (''DJS'') yang berpangkat [[Leftenan Jeneral]] atau [[Laksamana Madya]].