Hippie: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
CommonsDelinker (bincang | sumb.)
k Fail Woodstock69.jpg telah dibuang kerana ia telah dihapuskan di Commons oleh Jcb
Baris 16:
 
== Musim Panas Cinta ==
[[Fail:Flower-Power Bus.jpg|250px|left|thumb|Van [[Volkswagen]] yang penuh dengan mesej anti-perang sinonim dengan budaya hippie lewat 1960-an]] Pada tahun [[1967]], golongan beatnik, spiritual, artisanartis, sasterawan, seniman, dan pemuzik yang telah berpindah ke kawasan [[Haight-Ashbury]] di bandar [[San Francisco]] menjadi terkenal setelah gaya hidup bebas dan budaya hedonis mereka tersebar luas. Remaja-remaja dan golongan belia dari seluruh negara Amerika dan juga dari negara Eropah dan Asia tertarik dengan gaya hidup di San Francisco dan mula bermigrasi ke bandar raya tersebut. Keadaan ini mencetuskan "Summer of Love" 1967 ataupun Musim Panas Cinta, maka lahirlah budaya hippie.
 
Ribuan remaja yang lari dari rumah, pelajar kolej dan golongan muda berkumpul di Haight-Ashbury untuk menjadi "hippies" yang cinta keamanan, dan kebebasan. Mereka menyimpan bunga di rambut mereka untuk melambangkan keamanan. Remaja-remaja naif mencuba dadah dan melakukan hubungan seks. Pakaian singkat dan mendedahkan di antara perempuan menjadi popular, manakala lelaki pula menyimpan jambang dan rambut terlalu panjang. Budaya dan pakaian dari Timur juga popular, termasuklah agama [[Hindu]] dan [[Buddha]]. Timothy Leary, yang merupakan bekas profesor di [[Universiti Harvard]], mengetuai budaya dadah [[LSD]] dan mempromosikan dadah tersebut sebagai "pembuka minda kerohanian" di komuniti Haight-Ashbury. Walaupun tidak menyebabkan ketagihan, memiliki LSD salah di sisi undang-undang.