Merkantilisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Earth~mswiki (bincang | sumb.)
grammar
Earth~mswiki (bincang | sumb.)
img
Baris 3:
 
Teori ini mula dibina di dalam [[Zaman Moden Awal]] yang boleh diletakkan di antara kurun ke-16 and ke-18. Pada masa yang sama, falsafah mengenai [[negara bangsa]] sangat berpengaruh di Eropah. Kehadiran kedua-dua pendapat yang dominan dan saling menperkuatkan di antara satu sama lain mengadakan justifikasi untuk campur tangan kerajaan di dalam pasaran. Falsafah [[kapitalisme]] dan [[imperialisme]] boleh menjejak permulaan masing-masing dari pemikiran merkantilisme. Gabungan hampir kesemua pemikiran ini akhirnya menyebabkan peperangan berlaku di antara negara Eropah apabila mereka cuba untuk menguasai pasaran asing yang masih bebas daripada pengaruh masing-masing untuk. Di bawah sistem merkantislime, penguasaan dan kemudiannya pengluasan pasaran akan membawa kesejahteraan kepada sesuatu negara.
 
[[Imej:Gold ingots.jpg|left|thumb|Merkantilis awal mempercayai bahawa hanya jumlah emas yang mengukur kekayaan.]]
 
Pengaruh pemikiran merkantilisme mula berkurangan di akhir abad ke-18 apabila [[Empayar British]] dan beberapa kerajaan Eropah yang lain mula mengambil nasihat dari [[Adam Smith]] serta ahli-ahli ekonomi yang mempunyai pendirian [[liberalisme klasikal]]. Negara Jerman walau bagaimanapun tidak menerima falsafah liberalisme klasikal dengan memilih untuk berkiblatkan mazbah ekonomi yang lain. Di kalangan jajahan British, ekonomi Amerika Syarikat mula berasakan [[neo-merkantilisme]] yang boleh dilihat di dalam falsafah [[mazhab Amerika]] serta polisi-polisi pentadbiran Hamilton, Clay, Lincoln dan secara amnya [[Republican Party]]. Pandangan parti politik tersebut berasal dari polisi-polisi yang dipergunakan oleh Jerman serta pendapat ahli ekonomi [[Friedrich List]]. Pendirian ekonomi Amerika Syarikat hanya berubah di tahun 1930-am apabila program [[New Deal]] diperkenalkan.