Barli: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 98 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q11577
Tiada ringkasan suntingan
Baris 72:
Ia adalah tanaman bijiran lemah dan mudah rosak pada semua peringkat tumbesarannya, terutamanya semasa percambahan; hujan lebat hampir pasti merosakkan tanaman ditanah terbaik; dan dalam semua proses selepasnya perhatian dan usaha lebih diperlukan bagi menjamin kejayaan berbanding bijiran lain. Proses penuaian adalah paling sukar, dan seringkali diiringi bahaya; malah melerai barli sukar dilaksanakan menggunakan mesin, kerana bulu dipuncaknya (''awn'') cenderung melekat pada biji benih dan menyukarkan tugas memisahkan biji daripada jerami. Malah, barli, lebih manja berbanding gandum, dan secara umumnya adalah tanaman berisiko tinggi. Kecuali pada tanah yang subur dan (''genial''), di mana cuaca sesuai bagi penanaman gandum, ia tidak patut ditanam.
 
<h4> ==Penyediaan tanah <h4>==
 
Barli biasanya ditanam selepas [[bawang]], dan kadang-kala selepas [[kacang pea]] dan [[kacang]], tetapi jarang sekali seseorang petani yang bagus menyemainya selepas [[gandum]] dan [[oat]], kecuali di bawah sebab-sebab tertentu. Sekiranya disemai selepas bawang ia biasanya dilakukan selepas satu bajakan, yang dilakukan sepantas bawang dituai, dengan itu tanah mendapat kebaikan daripada frost musim bunga. Tetapi seringkali dua atau lebih bajakan diperlukan bagi ladang yang dituai, kerana apabila kemarau musim bunga tiba, permukaan tanah menjadi keras walaupun selepas tanaman sebelumnya baru dituai. Ini menjadikan pembajakan, menyisir dan memadatkan tanah yang lebih kerap diperlukan daripada biasa. Apabila disemai selepas kacang peas dan kacang, bajak semasa musim sejuk dan bunga biasanya dilakukan: tetapi apabila selepas tanaman gandum atau oat, tiga bajak diperlukan, agar tanah berada dalam keadaan sesuai. Operasi ini amat sukar dalam musim hujan dan lewat, dan jarang dalam kes ini tanaman setimpal dengan usaha yang dikeluarkan. Di mana keadaan tanah memerlukan tiga kali bajakan sebelum ia boleh disemai dengan barli, adalah lebih baik membiarkan tanah rehat sepanjang musim panas daripada mengambil risiko yang sering berlaku selepas penanaman musim bunga. Sekiranya cuaca kering, kelembapan hilang semasa proses berlainan, dan tuaian yang tidak sempurna terhasil; sekiranya hujan keuntungan membajak rugi, dan kesemua keburukan benih basah akan kekal bagi tanaman masa hadapan.