Wangsa Saljuk: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 5 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q3708255
Vivaelcelta (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 19:
 
==== Alp Arslan ====
Alp Arslan adalah putera Bey Cagri dan beliau memperluaskan empayar Seljuk hingga ke [[Armenia]] dan [[Georgia (negara)|Georgia]] pada tahun [[1064]]. Beliau juga menyerang [[Empayar Bizantin]] pada tahun [[1068]], di mana Alp Arslan berjaya menawan [[Anatolia]]. Kejayaan Arslan dalam [[Perang Manzikert]] meneutralkan ancaman kerajaan Bizantin. Beliau kemudiannya membenarkan pegawai bangsawan Turkmennya untuk memerintah daerah-daerah bekas empayar Bizantin ini kerana bangsawan ini setia kepada beliau. Dalam masa dua tahun sahaja, bangsawan Turkmen ini berjaya meluaskan pengaruh mereka di [[Laut Aegia]] dengan menubuhkan wilayah "beghlik", di timur laut Anatolia pula pemerintahan Saltuqis ditubuhkan, kerajaan Mengujeqs pula di Anatolia Timur, kawasan tenggara Anatolia pula dibawah pemerintahan [[Artuqid]], Anatolia Tengah dibawah pimpinan [[Danishmend]], [[Kesultanan Rom]] di Anatolia Barat (kerajaan ini kemudiannya berpindah ke Anatolia Tengah) dan juga Beghlik [[Bey Caka]] di [[Izmir]].
 
==== Malikshah I ====
Baris 38:
Selepas [[Perang Salib Kedua]], panglima [[Shirkuh]] yang pernah berkhidmat dibawah [[Nur ad-Din]], menjadi gabenor di wilayah [[Fatimin]] di [[Mesir]]. Beliau kemudiannya digantikan oleh [[Salahuddin Al-Ayubbi]]. Ketika kematian [[Nur ad-Din]], Salahuddin yang berkahwin dengan jandanya, menawan Syria dan mengasaskan [[Wangsa Ayyubiyah]]
 
Di [[Georgia (negara)|Georgia]] pula, kerajaan Georgia mula memulakan serangan ke atas wilayah-wilayah Islam dan menawan bekas wilayah-wilayah Seljuk dan menghidupkan [[Kerajaan Armenia]] yang diletakkan ditampuk pemerintahan [[Leo II Armenia]] di rantau [[Anatolia]]. Khalifah [[Abbsiyah]] [[An-Nasir]] pula mula memulihkan kuasanya sebagai khalifah dan bersekutu dengan Shah [[Aladdin Tekish]] Khorezmi dari [[Empayar Parsi]] [[Empayar Khorezmiyah|Khorezmiyah]]. Persekutuan ini menawan kesemua wilayah-wilayah yang diperintah oleh bangsawan Turkmen ini kecuali [[Kesultanan Rom]] di kawasan [[Anatolia]]. Pada [[abad ke 13]], tentera [[Mongol]] menyerang [[Anatolia]] (sekitar [[1260]]) dan membahagikan Anatolia kepada beberpa wilayah kecil yang digelar [[Emiriah]]. Di Anatolia, Emiriah [[Beylik Anatolia]] kemudiannya menjadi pengasas kerajaan [[Turki Uthmaniyyah]].
 
== Peninggalan ==