Perkahwinan Cina: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Suntingan 60.51.190.246 dikembalikan ke versi terakhir oleh Polar
Baris 10:
Dalam pemikiran Cina tradisional, orang-orang dalam masyarakat "primitif" tidak [[Perkahwinan|berkahwin]]. Mereka dianggap sebagai menghidup seperti haiwan-[[haiwan]] yang lain, dan tidak mempunyai konsep yang tepat terhadap keibuan, kebapaan, adik-beradik, suami dan isteri, serta jantina, apa lagi tentang [[penjodohan]] dan [[upacara perkahwinan]]. Sebahagian daripada "misi peradaban" [[Konfusianisme]] adalah untuk mentakrifkan apa yang dimaksudkan dengan konsep bapa atau suami, serta untuk mengajar manusia menghormati hubungan yang wajar antara ahli-ahli keluarga.
 
==='''Perkahwinan antara adik-beradik'''===
Perkahwinan antara adik-beradik, walaupun dilarang dalam [[kebudayaan Cina]], pernah dilaporkan dalam [[mitologi Cina]] yang amat awal. Terdapat sebuah cerita tentang perkahwinan antara [[Nüwa]] (perempuan) dan [[Fu Xi]] (lelaki) yang merupakan adik-beradik. Ketika itu, dunia masih tidak mempunyai banyak penduduk. Adik beradik itu hendak berkahwin tetapi mereka berasa malu. Oleh itu, mereka ke bukit [[Kunlun Shan]] dan berdoa kepada Syurga agar memberikan kebenaran untuk mereka berkahwin. Mereka berkata, "Jika Engkau membenarkan kami berkahwin, sila menyelubungi kami dengan [[kabus]]. Supaya dapat melindungi rasa malunya, [[Nüwa]] dikatakan melitupi merah mukanya dengan sebuah kipas. Pada hari ini di sesetengah desa di [[China]], pengantin-[[pengantin perempuan]] masih mengamalkan [[adat resam]] yang menyembunyikan muka mereka dengan sebuah kipas.