Liberalisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Earth~mswiki (bincang | sumb.)
Earth~mswiki (bincang | sumb.)
Baris 101:
Thomas Paine, [[Thomas Jefferson]] dan [[John Adam]] merupakan tokoh-tokoh yang berjaya memujuk peneroka-peneroka [[New England]] untuk menentang kuasa Britain di atas nama "kehidupan, kebebasan dan kesenangan"<ref>"...life, liberty and the pursuit of happiness"</ref>. Ini adalah apa yang diperkatakan oleh Locke dengan satu perbezaan. Jefferson yang ditentang [[Alexander Hamilton]] meletakkan kesenangan di mana Locke meletakkan harta. Dari situ kemudiannya, "Eksperimen Amerika" menekankan kerajaan demokratik dan [[kebebasan peribadi]].
 
[[James Madison]] adalah seorang tokoh generasi pemikir politik Amerika yang seterusnya menyokong sistem republik. Menurutnya, sesuatu republik yang mengurus negaranya sendiri bergantung ke atas persaingan di antara kepentingan-kepentingan yang berbeza. Ini akan melindungi hak-hak minoriti. Perlembagaan Amerika Syarikat mewujudkan satu sistem timbang balas: hak-hak kerajaan persekutuan yang bersaing dengan hak-hak kerajaan negeri; kuasa yang terbahagi di antara sayap eksekutif, legislatifperhakiman dan perundangan; dan [[bikameralisme]] di dalam bidang legislatif. Semua ini memastikan [[kebebasan]] individu supaya tidak bergantung kepada mana-mana satu pengaruh. Tentara dipandang dengan penuh curiga. Ini dibandingkan dengan kepercayaan yang pasukan [[militia]] sudah cukup untuk menjaga keselamatan dan pertahanan sesuatu masyarakat serta satu tentera laut untuk memastikan perdagangan akan berterusan tanpa digugat oleh lanun ataupun mana-mana pihak.
 
[[Imej:Declaration of Human Rights.jpg|thumb|Pengisytiharan Hak-hak Manusia dan Rakyat]]