Perbezaan antara semakan "Pencemaran"

138 bait dibuang ,  6 tahun lalu
Reverted to revision 2794282 by Addbot: rvv. (TW)
(Reverted to revision 2794282 by Addbot: rvv. (TW))
== Bentuk pencemaran ==
Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang mengancam [[bumi]]
* '''[[Pencemaran udara]]''', iaitu pembebasan bahan kimia berbahaya atau benda asing lain ke dalam [[atmosfera]]. Contoh-contoh bahan pencemar termasuk [[karbon monoksida]], [[sulfur dioksida]], [[klorofluorokarbon]] (CFC), [[nitrogen dioksida]] yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang [[industri]] serta pembakaran terbuka seperti pembakaran hutan dan pembakaran sampah sarap dapat mengundang pelbagai ancaman persekitaran .<ref>[http://environment.nationalgeographic.com/environment/global-warming/pollution-overview/ Air pollutions - National Geographic]</ref>
* '''[[Pencemaran air]]''', seperti kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air atau fenomena [[eutropikasi]], hingga mengubah kandungan, keadaan dan warnanya sama ada dari segi biologi, kimia atau fizik.<ref>[ http://www.water-pollution.org.uk/ Water pollutions.]</ref>
* '''[[Pencemaran tanih]]''', iaitu peresapan bahan kimia bahaya seperti logam berat, [[hidrokarbon]] dan racun serangga ke dalam tanih, sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan.<ref>[http://greenliving.nationalgeographic.com/brief-introduction-water-soil-pollution-2137.html Brief Introduction to Water and Soil Pollution | National Geographic]</ref>
* '''[[Pencemaran radioaktif]]''', iaitu pelepasan bahan [[keradioaktifan|radioaktif]] ke dalam alam sekeliling.
* '''[[Pencemaran bunyi]]''' yang disebabkan hingar jalan raya, pesawat dan industri, biasanya melebihi 80 dB. taylor cantik
* '''[[Pencemaran cahaya]]''' yang disebabkan penyinaran (iluminasi) lebihan, lazimnya di bandar besar.
* '''[[Pencemaran terma]]''', iaitu perubahan [[suhu]] akibat kegiatan manusia, seperti penggunaan air sebagai bahan pendingin dalam jana kuasa elektrik.
* '''[[Pencemaran visual]]''', iaitu pemusnahan alam fizikal dan penghakisan keindahan alam. Ia termasuk sampah terbiar dan papan iklan.
 
Cara berlaku pencemaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu pencemaran oleh faktor semula jadi, seperti akibat bencana alam dan pencemaran oleh faktor manusia. Pencemaran ini juga disebabkan sikap segelintir golongan manusia yang tidak mempunyai sikap bertanggungjawab mahupun cinta akan buminegara.
 
== Rujukan ==
3,511

suntingan