Abu Bakar as-Siddiq: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 7:
 
== Menjadi khalifah pertama ==
Semasa [[Rasulullah s.a.w.]] sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar mengimamkan [[solat]] orang [[Islam]]. Selepas kewafatan [[Nabi Muhammad s.a.w.]], sebuah majlis iaitu majlis Syura', yang dihadiri oleh golongan [[Ansar]] dan [[Muhajirin]] ditubuhkan untuk melantik seorang [[khalifah]] bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.
 
Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik [[Saidina Ali Abi Talib]] sebagai [[khalifah]] kerana Saidina Ali merupakan menantu dan sepupu Rasulullah s.a.w. Golongan [[Syiah]] yang merupakan golongan daripada keluarga Bani Hashim menentang perlantikan Saidina Abu Bakar.Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaihkan Saidina Abu Bakar. Ada pendapat mengatakan bahawa Saidina Ali Abi Talib hanya membaihkan Saidina Abu Bakar selepas enam bulan. <ref>[http://books.google.co.uk/books?id=9b0_ek9nvnEC&pg=PT550&lpg=PT550&dq=ali+only+abu+bakar+months&source=bl&ots=1iG57jEev_&sig=dGvHLWjtXhhSqp1iug1EknKwxaI&hl=en&sa=X&ei=iOI1UMGUC8WIrAfZpoGACA&ved=0CEoQ6AEwBQ Islamic Hadith, By Simon Abram ]</ref>
Baris 16:
Masalah mula timbul apabila Saidina Abu Bakar dilantik menjadi [[khalifah]]. Masalah ini mengugat kestabilan dan keamanan kerajaan Islam. Banyak puak-puak [[orang Arab|Arab]] memberontak dan menentang [[khalifah]]. Sesetengah daripada mereka enggan membayar [[zakat]] manakala ada pula yang kembali kepada menyembah berhala dan mengikut tradisi lama mereka. Puak-puak ini mendakwa bahawa mereka hanya menurut perintah Rasulullah s.a.w. dan memandangkan Rasulullah s.a.w. telah wafat maka mereka tidak perlu lagi mengikut ajaran Islam dan mereka telah bebas.
 
Saidina Abu Bakar menegaskan bahawa mereka bukan sahaja menyatakan taat sembah kepada seorang pemimpin malah mereka kini tergolong dalam golongan [[Muslim]]. Ada diantara mereka mendakwa bahawa mereka ialah nabi dan rasul. Bagi menumpaskan penghinaan dan perbuatan murtad ini maka Saidina Abu Bakar melancarkan perang terhadap golongan yang digelar golongan ''Riddah''. Hal ini merupakan permulaan siri [[Peperangan Islam-Riddah]]. Antara orang yang mengaku menjadi nabi ialah [[Musailamah al-Kazzab]]. Namun [[Khalid Al-Walid]] berjaya menumpaskan Musailimah dalam suatu pertempuran.<ref>http://surautaalim.blogspot.com/2010/02/kisah-perang-dan-perjuangan-para.html</ref>
 
=== Ekspedisi ke Utara ===
Selepas berjaya mengurangkan golongan ''riddah'', Saidina Abu Bakar mula menghantar panglima-panglima perang Islam ke utara untuk memerangi [[Empayar Byzantine|Byzantine]] (Rom Timur) dan [[Empayar Parsi]]. [[Khalid Al-Walid]] berjaya menawan [[Iraq]] dalam hanya satu kempen ketenteraan. Beliau juga menempuh kejayaan dalam beberapa ekspedisi ke [[Syria]]. Menurut seorang orientalis Barat, kempen Saidina Abu Bakar hanyalah sebuah lanjutan daripada Perang Riddah. Hal ini jelas salah memandangkan kebanyakan golongan ''riddah'' terletak di selatan [[Semenanjung Arab]] dan bukannya di utara.
 
=== Pengumpulan al-Quran ===
Menurut ahli sejarah [[Islam]], selepas siri [[Peperangan Islam-Riddah]] ramai orang yang mahir menghafaz [[al-Quran]] terbunuh. [[Saidina Umar Al-Khatab]] (''khalifah yang berikutnya'') meminta Saidina Abu Bakar untuk mula menjalankan aktviti pengumpulan semula ayat-ayat [[al-Quran]]<ref>http://manhaj-salaf.net46.net/pengumpulan-al-quran/</ref>. [[Saidina Uthman Affan]] kemudiannya melengkapkan aktiviti pengumpulan dengan membukukan al-Quran, iaitu mushaf Uthmani, semasa beliau menjadi khalifah.
 
== Kewafatan Saidina Abu Bakar ==
Baris 30:
 
== Sumbangan Saidina Abu Bakar ==
Saidina Abu Bakar walaupun hanya memerintah selama dua tahun (632-634), tetapi beliau banyak menyumbang terhadap perkembangan Islam. Beliau berjaya menumpaskan golongan ''Riddah'' yang ada diantaranya murtad, tidak mahu membayar zakat dan ada diantaranya mengaku sebagai nabi. Beliau juga mula mengumpulkan ayat-ayat [[al-Quran]] dan beliau juga berjaya meluaskan pengaruh [[Islam]]<ref>http://p4ceriko-ppc.blogs.smjk.edu.my/2009/07/27/sumbangan-khulafa-al-rasyidin/</ref>.
 
== Lihat juga ==