Alam Komanwel: Perbezaan antara semakan
Laman baru: thumb|300px|Alam Komanwel, ditanda warna merah jambu ''Alam Komanwel''' merujuk kepada sesebuah daripada 16 buah negara berdaulat da... |
(Tiada perbezaan)
|
Semakan pada 04:41, 3 September 2007
Alam Komanwel' merujuk kepada sesebuah daripada 16 buah negara berdaulat dalam lingkungan Negara-negara Komanwel yang menjadikan Elizabeth II sebagai ratu masing-masing. Jumlah keluasan negara-negara ini berjumlah 18.8 juta km² (tidak termasuk tuntutan di Antartika), dan jumlah penduduk sebanyak 129 juta. Negara-negara ini merupakan kerajaan yang bebas, dan raja itu merupakan raja setiap negara itu secara berasingan dan juga setara, tetapi negara-negara ini menjalin kesatuan perbadi sesama sendiri. Konsep ini disampaikan dalam pengisytiharan gelaran-gelaran baru Elizabeth II pada tahun 1952. Dalam setiap alam baginda dikenali dengan gelaran yang sesuai untuk alam itu. Contohnya, di Barbados, bagindadikenali sebagai "Her Majesty Queen Elizabeth II, Queen of Barbados," atau secara ringkasnya, Ratu Barbados.
Meskipun istilah "Dominion", sebagai satu gelaran, masih boleh digunakan untuk merujuk kepada mana-mana alam Komanwel selain United Kingdom, namun istilah "realm" kian menggantikannya sejak 1950-an. Kedua-dua istilah ini jelas ertinya dalam konteks Komanwel, namun, apabila perlunya untuk merujuk kepada alam-alam ini secara kolektif dalam konteks berlainan, maka alam-alam itu boleh dibezakan daripada alam-alam yang lain sebagai "alam Komanwel".
Setiap alam Komanwel merupakan ahli Negara-negara Komanwel, dan pada masa yang sama dibezakan daripada pertubuhan itu yang terbentuk daripada bekas negara jajahan British. Dalam lingkungan Komanwel, tidak terdapat perbezaan status antara alam Komanwel dan ahli Komanwel yang lain. Alam Komanwel tidak diwajibkan untuk kekal dalam pertubuhan Komanwel; sehingga kini tiada daripada 16 buah alam Komanwel meninggalkan pertubuhan tersebut.
Alam Komanwel kini
Bendera | Negara | Tarikh | Gelaran Ratu | Bendera Diraja |
---|---|---|---|---|
Antigua dan Barbuda | sejak kemerdekaan pada tahun 1981 | Elizabeth the Second, by the Grace of God, Queen of Antigua and Barbuda and of Her other Realms and Territories, Head of the Commonwealth. | Tiada | |
Australia | sejak pengamalan Statut Westminster pada tahun 1942 (diundurkan tarikh ke tahun 1939) | Elizabeth the Second, by the Grace of God, Queen of Australia and Her other Realms and Territories, Head of the Commonwealth. | ||
Bahamas | sejak kemerdekaan pada tahun 1973 | Elizabeth the Second, by the Grace of God, Queen of the Commonwealth of the Bahamas and of Her other Realms and Territories, Head of the Commonwealth. | Tiada | |
Barbados | sejak kemerdekaan pada tahun 1966 | Elizabeth the Second, by the Grace of God, Queen of Barbados and of Her other Realms and Territories, Head of the Commonwealth | ||
Belize | sejak kemerdekaan pada tahun 1981 | Elizabeth the Second, by the Grace of God, Queen of Belize and of Her Other Realms and Territories, Head of the Commonwealth | Tiada | |
Grenada | sejak kemerdekaan pada tahun 1974 | Elizabeth the Second, by the Grace of God, Queen of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland and of Grenada and Her other Realms and Territories, Head of the Commonwealth | Tiada | |
Jamaica | sejak kemerdekaan pada tahun 1962 | Elizabeth the Second, by the Grace of God, Queen of Jamaica and of Her other Realms and Territories, Head of the Commonwealth | ||
Kanada | kesan Statut Westminster pada tahun 1931 | bahasa Inggeris: Elizabeth the Second, by the Grace of God, of the United Kingdom, Canada and Her other Realms and Territories Queen, Head of the Commonwealth, Defender of the Faith.
bahasa Perancis: Elizabeth Deux, par la grâce de Dieu, Reine du Royaume-Uni, du Canada et de ses autres royaumes et territoires, Chef du Commonwealth, Défenseuse de la Foi. |
||
New Zealand | sejak pengamalan Statut Westminster pada tahun 1947 | Elizabeth the Second, by the Grace of God, Queen of New Zealand and Her Other Realms and Territories, Head of the Commonwealth, Defender of the Faith | Fail:Royal Standard of New Zealand.svg | |
Papua New Guinea | sejak kemerdekaan pada tahun 1975 | Elizabeth the Second, Queen of Papua New Guinea and of Her other Realms and Territories, Head of the Commonwealth | Tiada | |
Saint Kitts dan Nevis | sejak kemerdekaan pada tahun 1983 | Elizabeth the Second, by the Grace of God, Queen of Saint Christopher and Nevis and of Her other Realms and Territories, Head of the Commonwealth | Tiada | |
Saint Lucia | sejak kemerdekaan pada tahun 1979 | Elizabeth the Second, by the Grace of God, Queen of Saint Lucia and of Her other Realms and Territories, Head of the Commonwealth | Tiada | |
Saint Vincent dan Grenadines | sejak kemerdekaan pada tahun 1979 | Elizabeth the Second, by the Grace of God, Queen of Saint Vincent and the Grenadines and of Her other Realms and Territories, Head of the Commonwealth | Tiada | |
Kepulauan Solomon | sejak kemerdekaan pada tahun 1978 | Elizabeth the Second, by the Grace of God, Queen of the Solomon Islands and of Her other Realms and Territories, Head of the Commonwealth | Tiada | |
Tuvalu | sejak kemerdekaan pada tahun 1978 | Elizabeth the Second, by the Grace of God, Queen of Tuvalu and of Her other Realms and Territories, Head of the Commonwealth | Tiada | |
United Kingdom | alam asal | Elizabeth the Second, by the Grace of God, of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland and of Her other Realms and Territories Queen, Head of the Commonwealth, Defender of the Faith | |
Di bawah Perlembagaan Kepulauan Cook 1981, Ratu dalam Hak New Zealand dijadikan ketua negara, tetapi apa-apa perubahan dalam pewarisan yang dilakukan oleh New Zealand tidak membawa apa-apa kesan di Cook Islands melainkan diratifikasikan di sana secara berasingan. Kesannya, Kepulauan Cook dan Alam New Zealand menjalin kesatuan peribadi yang serupa kepada hubungan monarki di New Zealand kepada monarki United Kingdom selepas ratifikasi Statut Westminster pada tahun 1947.
Sistem kerajaan
Di luar United Kingdom, Ratu melantik seorang Gabenor Jeneral untuk memainkan peranan sebagai wakil naib diraja baginda. Dalam hampir kesemua alam ini, Gabenor Jeneral dilantik oleh Ratu atas nasihat Perdana Menteri negara masing-masing; di Kepulauan Solomon dan Tuvalu, Perdana Menteri perlu menasihati perundangan secara sulit. Di Papua New Guinea, Gabenor Jeneral dilantik oleh Ratu melalui undian parlimen.
Di United Kingdom, Ratu melantik Kaunselor Negeri untuk melaksanakan tugas baginda apabila baginda tidak hadir. Beliau juga diwakili oleh seorang Gabenor di setiap negeri di Australia, oleh Leftenan Gabenor di setiap wilayah di Kanada, dan oleh Wakil Ratu di Kepulauan Cook. Dalam kes-kes ini, baginda diwakili dalam peranan baginda sebagai Ratu dalam hak masing-masing Australia, Kanada, dan New Zealand.
Pegawai-pegawai ini melaksanakan hampir semua kuasa raja berperlembagaan dengan tugas-tugas yang kebanyakannya simbolik dan tidak berbentuk eksekutif, tetapi mereka juga memegang kuasa songsang yang bergelar Prerogatif Diraja.
Bekas Alam Komanwel
Berikutan kemerdekaan daripada United Kingdom, kebanyakan negara Komanwel mengekalkan Ratu sebagai ketua negara, meskipun ada yang menjadi republik merdeka dan ada yang lain di bawah naungan monarki tempatan. Lama-kelamaan, sesetengah alam Komanwel beralih ke sistem republik, lalu mengamalkan perlembagaan baru atau meluluskan pindaan perlembagaan yang menyingkirkan raja sebagai ketua negara, serta menggantikan Gabenor Jeneral dengan seorang presiden melalui undian atau perlantikan.
Bendera | Negara | Sejak | Sehingga | Jawatan Presiden | Sebab |
---|---|---|---|---|---|
Ceylon kini Sri Lanka |
1948 | 1972 | eksekutif | perlembagaan baru | |
Fiji | 1970 | 1987 | beristiadat | rampasan kuasa oleh tentera | |
Gambia | 1965 | 1970 | beristiadat | pungutan suara | |
Ghana | 1957 | 1960 | beristiadat | pungutan suara | |
Guyana | 1966 | 1970 | eksekutif | pindaan perlembagaan | |
India | 1947 | 1950 | beristiadat | perlembagaan baru | |
Ireland | 1931 | 1936/1949 | beristiadat | Raja disingkirkan dari perlembagaan dan jawatan Gabenor Jeneral dimansuhkan pada tahun 1936, jawatan Presiden dicipta pada tahun 1937 oleh perlembagaan yang diamalkan oleh plebisit, tetapi raja mengekalkan peranan luaran sehingga terisytiharnya republik pada tahun 1949 melalui perundangan biasa. | |
Kenya | 1963 | 1964 | eksekutif | perlembagaan baru | |
Malawi | 1964 | 1966 | eksekutif | perlembagaan baru | |
Malta | 1964 | 1974 | beristiadat | pindaan perlembagaan | |
Mauritius | 1968 | 1992 | beristiadat | pindaan perlembagaan | |
Nigeria | 1960 | 1963 | mula-mulanya beristiadat, kini eksekutif | pindaan perlembagaan | |
Pakistan | 1947 | 1956 | mula-mulanya beristiadat, kini eksekutif | perlembagaan baru | |
Sierra Leone | 1961 | 1971 | eksekutif | perlembagaan baru | |
Kesatuan Afrika Selatan kini Republik Afrika Selatan |
1931 | 1961 | mula-mulanya beristiadat, kini eksekutif | pungutan suara | |
Tanganyika kini Tanzania |
1961 | 1962 | eksekutif | perlembagaan baru | |
Trinidad dan Tobago | 1962 | 1976 | beristiadat | perlembagaan baru | |
Uganda | 1962 | 1963 | mula-mulanya beristiadat, kini eksekutif | pindaan perlembagaan |
Pautan luar
- Laman web rasmi Urus Setia Komanwel
- The Commonwealth - laman web kerajaan UK
Komanwel
- United Commonwealth Main all-Commonwealth group
- Common Cause A Commonwealth Alliance of Republican Movements
- Res Publica : The Commonwealth international anti-monarchy Web directory
Australia
- Australian Monarchist League (Pendukung sistem raja berperlembagaan tradisional)
- Australian Republican Movement
- No Republic - Australians for Constitutional Monarchy (Pendukung sistem raja berperlembagaan sederhana)
Kanada
- Laman web rasmi Monarki Kanada
- Canadian Monarchist ONLINE
- Citizens for a Canadian Republic
- Monarchist League of Canada