Takwim Hijrah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
Azim7189 (bincang | sumb.)
Baris 3:
 
== Sejarah ==
Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil daripada ilham [[Khalifah Ar-Rasyidin|Khulafa Ar-Rasyidin]] yang kedua iaitu SaidinaSayyidina [[Umar Al-Khattab]] radiallahuanhur.a (Radiallahu Anhu). Ini adalah turutan daripada Kesatuan [[Arab]] yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.
 
Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor [[Abu Musa Al-Asya'ari]] telah mengirimkan surat kepada SaidinaSayyidina Umar r.a. minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a.) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.
 
Di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Parsi, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah SAW untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / takwim Islam.