Ular Tedung Selar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
CTMakerbot (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 19:
'''Ular Tedung Selar''' adalah ular berbisa terbesar di dunia. Ia mampu mencapai panjang sehingga 5.58 [[meter]] (18.3 kaki.), walaupun saiz biasa adalah sekitar 2.5 meter (8 kaki.); dan mampu mencapai berat sehingga 10 kilogram (22 paun). Ular Tedung Selar mempunyai warna kulit hitam, kehijauan atau coklat, seringkali dengan garis bewarna putih atau kuning; semasa ular kecil garis ini lebih jelas kelihatan. Ia berasal di [[Asia Tenggara]], mendiami hutan [[Malaysia]], [[India]], dan [[Filipina]], tatapi tidak terdapat di [[Sri Lanka]]. Makanan utamanya adalah ular lain, tetapi sekiranya terdesak, ia akan memburu haiwan bertulang belakang (''vertebrates'') kecil lain. Ular Tedung Selar hanya memburu pada waktu siang, menggunakan matanya, dan dengan itu dikelaskan sebagai [[diurnal]]. DIsebabkan ia tidak mempunyai gigi kacip, ia menelan mangsanya lengkap sebagaimana ular lain.
 
Ular Tedung Selar adalah sebahagian kecil ular yang membina sarang dan bertelur dan mengeram sehingga hampir menetas. Ular Tedung Selar betina membina sarangnya dangan mengumpulkan daun buluh kering di atas tanah dan mengais dengan tubuhnya yang besar. Walaupun ramai orang yang menyatakan bahawa tidak ada yang lebih ganas berbanding ular Tedung Selar yang menjaga sarangnya, ia hanyalah [[cerita nenek tua|cerita nenek tua (''old wives tale'')]], dan dengan sedikit dorongan ia akan meninggalkan kawasan sarangnya. Ia bertelur antara 20 hingga 40 biji telur semasa musim panas, dua bulan selepas mengawan; telur-telur itu kanakan menetas dalam tempoh 60 hingga 80 hari. Anak ular Tedung Selar sekitar 45 hingga 50 sentimeter panjang, dan bertanda dengan belang hitam dan putih, dan telah mempunyai bisa yang mampu membunuh. Disebabkan ular Tedung Selar adalah pemakan ular semulajadi, naluri semulajadi menyebabkan ibu ular Tedung Selar untuk meninggalkan sarang sebelum telurnya menetas, bagi menghalangnya memakan anak-anaknya sendiri, terutamanya kerana ia telah ber[[puasa]] selama dua bulan. Ular Tedung Selar jantan juga unik kerana ia menjaga sarang sehingga menetas, meronda jauh sekitar kawasan sarang bagi menghapuskan sebarang ancaman.
 
Walaupun ia dikenali sebagai (''cobra''), ia adalah berasal dari gegus yang berbeza. Nama saintifiknya ''Ophiophagus'' adalah berasal dari nama Greek yang bermaksud "pemakan ular". Ular tedung selar tidak mempunyai sub spesis walaupun ianya tersebar secara meluas di India dan Asia Tenggara.