Perbezaan antara semakan "Asyraf Wajdi Dusuki"

4,046 bait ditambah ,  6 tahun lalu
k
Reverted 1 edit by 103.26.74.254 (talk) to last revision by Aurora. (TW)
k (Reverted 1 edit by 103.26.74.254 (talk) to last revision by Aurora. (TW))
{{BLP unsourced|date=April 2014}}
{{overly detailed|date=April 2014}}
'''Dato' Dr. Asyraf Wajdi Hj Dato Dusuki''' ialah seorang [[ahli politik]] Malaysia dan merupakan bekas Presiden [[Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia]] (PKPIM).
Beliau merupakan calon [[Barisan Nasional]] bagi Parlimen [[Tumpat]], [[Kelantan]], kerusi yang pernah dimenangi oleh bapa beliau selama dua penggal 1982-1990. Bapa beliau, Dato Haji [[Dusuki bin Ahmad]] juga merupakan lulusan agama dan penulis beberapa buah buku politik Islam.
 
== Pendidikan ==
Merupakan bekas pelajar terbaik [[Universiti Islam Antarabangsa Malaysia]] dan [[Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu]], [[Negeri Sembilan]] (1989-1993). Beliau menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Sains dalam bidang Ekonomi, Perbankan dan Kewangan Islam, di [[Universiti Loughborough]], [[United Kingdom]] pada tahun 2002 dan mendapat Ph.D dalam bidang Perbankan dan Kewangan Islam dari Universiti yang sama pada tahun 2005. Beliau telah menulis banyak jurnal akademik yang menjadi rujukan dalaman dan luar negara.
 
==Kerjaya==
Beliau kini adalah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM)
 
Profesor Madya Dr Asyraf Wajdi Dusuki kini merupakan Ketua Hubungan Kajian, Akademi Kajian Syariah Antarabangsa untuk Kewangan Islam (ISRA). Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Penolong Profesor dalam jurusan kewangan dan perbankan Islam di [[Universiti Islam Antarabangsa Malaysia]], di [[Gombak]], [[Selangor]]. Artikel-artikel tulisan beliau tersiar dalam akhbar [[Utusan Malaysia]].
 
Disamping membantu ISRA, beliau juga merangkap sebagai Pengarah Bebas Bank Islam Affin. Beliau menduduki kerusi dalam Komiti Syariah Kumpulan Bank Affin dan konsultan/perunding Syariah serta penasihat dalam beberapa firma penasihat kewangan dan institusi kewangan seperti Maldives Capital Market Development Authority, AIA AFG Takaful Berhad, AIA Takaful International, London-based Mortgage Company Chain Mender Limited, London-based Halal Industries PLC, US-Based Islamic Financial Institution United Chartered Bank (UCB) and Singapore-based IFIS Business Advisory Pte Ltd. Beliau juga ahli kepada Lembaga Pengajian untuk Program Kewangan Islam di [[Universiti Islam Antarabangsa Malaysia]] (UIAM), [[Universiti Utara Malaysia]] (UUM), [[Universiti Tun Abdul Razak]] (UniRAZAK) dan Felo Madya di ISDEV, [[Universiti Sains Malaysia]] (USM).
 
==Penulisan dan pencapaian==
Antara rencana terkenal beliau ialah “Banking for the Poor: The Role of Islamic Banking in Microfinance Initiatives” (Perbankan untuk Si Miskin: Tugas Perbankan Islam dalam Inisiatif Mikrokewangan) telah menerima Anugerah Kertas Terhebat pada tahun 2009 oleh International Referred Journal Article Publisher Emerald Literati Network. Selain menulis kertas kerja, jurnal dan beberapa terbitan kajian, beliau juga aktif mengadakan dialog dan terlibat dalam pembentangan kertas kerja di persidangan antarabangsa yang diadakan di London, New Zealand, Luxembourg, Bahrain, Doha, Kuwait, Berlin, Dubai, Tehran, Jakarta, Singapura dan Brunei. Beliau juga mengadakan latihan dalam Perbankan dan Kewangan Islam keatas pemain dan pengamal dasar kewangan serta pegawai-pegawai di [[Bank Negara Malaysia]], pejabat kerajaan dan pihak-pihak berkepentingan yang lain.
 
==Pilihan raya 2008==
Dalam [[pilihan raya umum Malaysia 2008]] pada 8 Mac 2008, Dr Asyraf telah dicalonkan oleh [[Barisan Nasional]]- [[UMNO]] untuk bertanding di kawasan parlimen [[Tumpat]] bagi menentang calon PAS, penyandang Datuk [[Kamaruddin Jaafar]] namun tewas. Kamaruddin Jaafar merupakan bekas pengerusi [[Institut Kajian Dasar]] dan antara pemimpin [[PAS]] yang penting kerana beliau menyandang jawatan [[Setiausaha Agung PAS]].
 
Prof. Dr. Asyraf merupakan antara tokoh muda yang ditonjolkan oleh Barisan Nasional - UMNO Kelantan bagi merampas kerajaan Kelantan yang kini diperintah oleh PAS selama 18 tahun.
 
==Rujukan==
{{reflist}}
 
== Pautan luar ==
* http://www.isra.my/information/staff-directory/1-isra-staff/4-assoc-prof-dr-asyraf-wajdi-dato-dasuki.html
 
[[Kategori:Ahli ekonomi Malaysia‏‎]]
[[Kategori:Ahli politik UMNO]]
3,511

suntingan