Paria: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
CTMakerbot (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Paria''' atau '''Paraiyar''' ialah satu kumpulan sosial ([[kasta]]) di [[India]] kuno, yang tarafnya dianggap sama dengan [[binatang]] dan tidak diakui keadaannya. Paria mengalami diskriminasi dan penderitaan yang sangat teruk pada masa itu. Namun pada masa ini [[hak asasi manusia]] mereka sudah diakui banyak negara termasuk India, maka daripada itu perbezaan warna kasta sudah beransur-ansur hilang.
==Agama==
 
Kebanyakan pariah beragama Islam. Mereka bertukar agama untuk mendapat penghormatan status yang lebih tinggi. Di, Malaysia kebanyakan majoriti India Muslim berasal dari kasta Pariah.
Konsep pariah diajar dalam kitab perundangan (agama) Hindu ''Manu Smiruthi''. <ref>[http://www.cwo.com/~lucumi/bigotry.html THE PARIAH AND THE PUNDIT: A UNIQUE CASE OF LITERARY BIGOTRY]</ref> Antara lain ia mencadangkan mereka dari kasta rendah dikasi sekiranya berani berpasangan dengan wanita [[Hindu]] kasta tinggi.
 
'''Paria''' atau '''Pariah''' merupakan kumpulan kasta di [[Tamil Nadu]] dan [[Kerala]]. Di Tamil Nadu bagaimanapun mereka telah dipecahkan di bawah tiga kasta yang dikenali sebagai '''Paraiyan''', '''Samban''' dan '''Adi Dravida''', mereka secara umumnya dikenali sebagai Paraiyar. Di utara Tamil Nadu mereka dikenali sebagai Paraiyar, dia selatan Tamil Nadu mereka dikenali sebagai Samban. Paraiyan dan samban juga dikenali sebagai Adi Dravida.
 
Bancian India bagi tahun 2001 melaporkan bahawa di Tamil Nadu populasi Adi Dravida adalah sekitar 5,402,755 dan populasi Paraiyar adalah sekitar 1,860,519.<ref name=autogenerated1>{{cite book |url=http://www.censusindia.gov.in/Tables_Published/SCST/dh_sc_tamilnadu.pdf |title=Tamil Nadu&nbsp;— Data Highlightst: The Scheduled Castes&nbsp;— Census of India 2001 |page=1 |accessdate=20 March 2012}}</ref>
 
== Etimologi ==
 
=== Paraiyar ===
[[Robert Caldwell]] meneka bahawa nama ''Paraiyar'' atau ''Paraiyan'' tersebut berasal dari perkataan Tamil ''Parai'' (gendang) kerana beberapa ahli masyarakat tersebut bertugas sebagai pemain dram di majlis perkahwinan, pengkebumian, pesta kampung, dan pada masa pengistiharan oleh pihak kerajaan atau perdagangan. Manakala berikutnya, pada tahun 1891 Laporan Banci Madras, ianya dicatatkan bahawa "hanya satu bahagian Paraiyars yang bertindak sebagai pemain gendang, ia juga bukan pekerjaan yang terhad kepada Paraiyars. Ianya kelihatan amat tidak mungkin bagi sesebuah masyarakat pada satu masa amat berkuasa, akan mengambil nama dari pekerjaan sekali-sekala, yang kadang kala dikongsikan dengan kasta yang lain. " laporan banci melapurkan lebih lanjut lagi bahawa perkataan tersebut tidak diketahui dalam penulisan silam seperti kamus Tamil Divakaram abad ke-11 AD. Dakwaan ini sekurang-kurangnya sebahagiannya disangkal oleh laporan banci penduduk bagi tahun 1901, yang merujuk kepada tulisan daripada Raja-raja Chola sekitar abad kesebelas di mana kasta Paraiyar dipanggil dengan namanya itu.
 
Gustav Salomon Oppert merupakan seorang lagi yang berfikir bahawa asal perkataan bagi Parai tidak mungkin. Beliau berhujah bahawa ia adalah "asas yang lemah" dan bahawa nama tersebut adalah "paling mungkin difikirkan kemudian, lebih mudah dijelaskan kerana kelas bawahan gembira dengan keriuhan dram, dan nama kelas pemukul gendang telah dipindahkan ke peralatan yang mana golongan paria mengumumkan kehadirannya. " Dia fikir bahawa nama tersebut sebagai "berkait rapat" dengan nama-nama masyarakat lain seperti [[Paravar]] , [[Paradas]] , [[Bhar]] dan [[Mhar]]
 
== Lihat juga ==
* [[Dalit]]
* [[Keling]]
 
==Rujukan==
<div class="references-small"> <references /> </div>
 
[[Kategori:Orang India]]
[[Kategori:Kasta]]