Asid amino: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
'''Asid amino''' merupakan [[sebatian organik]] [[biologi]] yang terdiri mempunyai [[kumpulan berfungsi]] [[amina]] (-NH2) dan [[asid karboksilik]] (-COOH), dengan rantai sisi yang khusus untuk setiap asid amino. Unsur-unsur utama asid amino ialah [[karbon]], [[hidrogen]], [[oksigen]], dan [[nitrogen]], walaupun unsur lain wujud dalam rantai sisinya. Terdapat lebih daripada 500 jenis amino asid yang telah dikenal pasti<ref>{{cite journal |title= New Naturally Occurring Amino Acids |first1= Ingrid |last1= Wagner |first2= Hans |last2= Musso |doi= 10.1002/anie.198308161 |journal= Angew. Chem. Int. Ed. Engl. |volume= 22 |issue= 22 |pages= 816–828 |date=November 1983 }}</ref> yang boleh diklasifikasikan dalam pelbagai cara. Asid amino boleh dikategorikan mengikut teras kumpulan berfungsinya, sebagai contoh, asid amino alfa-(α), beta-(β), gamma-(γ) atau delta-(δ); kategori lain adalah berdasarkan [[kekutuban]], [[PH|tahap pH]] atau kumpulan rantai sisinya (alifatik, acyclic, aromatik yang mengandungi hidroksil atau [[sulfur]] dan lain-lain). Dalam bentuk [[protein]], asid amino merupakan komponen yang kedua terbesar (air merupakan yang terbesar) dalam struktur [[otot]] manusia, [[Sel (biologi)|sel]] dan [[Tisu biologi|tisu]].<ref>[http://www.fao.org/docrep/W0073E/w0073e04.htm#P1625_217364 Human nutrition in the developing world] – United Nations Food and Agriculture Organization, ch.8</ref> Selain protein, asid amino penting dalam proses pengangkutan [[neurotransmitter]] dan [[biosintesis]].
 
==Sejarah==
Asid amino mula dikenal pasti sejak awal abad ke-19. Pada 1806, ahli kimia Perancis Louis-Nicolas Vauquelin dan Pierre Jean Robiquet berjaya mengasingkan sebatian dalam [[asparagus]] yang kemudiannya dinamakan [[asparagine]], yang merupakan asid amino yang pertama yang dikenal pasti.{{Cite journal|title=The discovery of a new plant principle in Asparagus sativus |author=Vauquelin LN, Robiquet PJ |journal=Annales de Chimie |year=1806 |volume=57 |pages=88–93}}<ref name=Anfinsen>{{Cite book|title=Advances in Protein Chemistry |author=Anfinsen CB, Edsall JT, Richards FM |year=1972 |pages=99, 103 |publisher=Academic Press |location=New York |isbn=978-0-12-034226-6}}</ ref>
 
==Rujukan==
<references />